Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DBS rancang gandakan yuran pengurusan kekayaan jelang 2027

Sep 20, 2024 | 4:59 PM
Pendapatan Bank DBS daripada perkhidmatannya untuk pelanggan berada meningkat kepada lebih $2 bilion pada 2023, naik dua kali ganda daripada 2015.
Pendapatan Bank DBS daripada perkhidmatannya untuk pelanggan berada meningkat kepada lebih $2 bilion pada 2023, naik dua kali ganda daripada 2015. - Foto ST

DBS Group Holdings bercadang untuk menggandakan yuran pengurusan kekayaannya menjelang 2027 apabila lebih ramai hartawan dunia disasarkan mengalihkan aset mereka ke Singapura dan Asia.

Bank itu mengendalikan satu pertiga daripada 1,650 pejabat keluarga di Singapura, kata Encik Shee Tse Koon, ketua perbankan pengguna dan kekayaan di DBS.

Pendapatan DBS daripada perkhidmatannya untuk pelanggan berada meningkat kepada lebih $2 bilion pada 2023, naik dua kali ganda daripada 2015.

Ia menjangkakan kadar pertumbuhan yang sama bagi separuh tempoh tersebut, dengan kedatangan lebih ramai individu dan keluarga berada dari pelbagai negara menuju ke Asia untuk pengurusan kewangan, kata Encik Shee.

“Berdasarkan trajektori beberapa tahun lepas, kami bercadang untuk menggandakan yuran kekayaan menjelang 2027,” kata Encik Shee dalam satu temu bual dengan agensi berita.

Pelanggan kaya DBS biasanya melabur wang mereka untuk meningkatkan pulangan dan ramai juga menggunakan bank terbesar di Asia Tenggara itu untuk keperluan perancangan amanah dan warisan, katanya.

Aset pelanggan DBS, termasuk di bank swasta mencecah $396 bilion pada Jun 2024.

Angka itu dijangka meningkat lebih $500 bilion menjelang 2027, dengan bilangan pelabur dan pembeli produk insurans dijangka meningkat empat kali ganda, kata Encik Shee.

Singapura menyaksikan lonjakan $120 bilion dalam aset kewangan dari luar negara pada 2023, dengan China menjadi sumber utama kekayaan baru, menurut laporan Boston Consulting Group terbitan Julai 2024.

Encik Shee menambah bahawa terdapat “campuran yang baik” dalam aset yang berasal dari Asia Utara dan Selatan, Timur Tengah dan Eropah.

DBS, seperti bank lain, berusaha memastikan aset pelanggannya bersih.

Di Singapura, lebih $3 bilion aset telah dirampas daripada pelanggan DBS yang disabitkan kesalahan terlibat dengan kes pengubahan wang haram terbesar di negara ini pada 2023. 

Pada Julai 2024, bank itu didenda sebanyak HK$10 juta ($1.7 juta) oleh Penguasa Kewangan Hong Kong atas kesalahan seperti kegagalan membuat pemantauan hubungan perniagaan secara berterusan dan mengesahkan sumber kekayaan pelanggan berisiko tinggi antara 2012 dengan 2019.

DBS sentiasa memanfaatkan teknologi dan kepakaran pekerjanya untuk mengesan salah laku dan aliran wang haram, jelas Encik Shee.

Ia juga telah meningkatkan sistem pengawasan dan pemantauannya berdasarkan perkembangan trend jenayah semasa, tambah beliau.

“Yang penting adalah mengimbangi antara pengurusan risiko yang efektif dengan kekal cekap dalam menguruskan perniagaan,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg