Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS, Sheng Siong bantu hingga 1,000 SME terap amalan kemampanan

Feb 26, 2024 | 06:49 PM



DBS dan Sheng Siong merancang membantu sehingga 1,000 syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam rangkaian bekalan pengendali pasar raya itu untuk menerapkan amalan kemampanan dalam perniagaan.

Program tersebut yang akan dijayakan sepanjang dua tahun akan datang, akan memperkenalkan satu program kemampanan yang dihasilkan secara bersama oleh DBS dan Sheng Siong.

Kedua-dua pihak tersebut pada 26 Februari menyatakan, program itu akan disesuaikan bagi memenuhi keperluan khusus SME dalam sektor perniagaan borong dan runcit, menurut akhbar The Business Times (BT).


Usaha tersebut akan membantu perniagaan untuk mengenal pasti, membangun dan melaksana rancangan menyahkarbon.

Komponen program tersebut termasuk mengendali bengkel pengenalan agar para peserta memahami perkara asas, contohnya, prinsip kemampanan, pelaporan dan pemantauan, hingga kepada huraian berkaitan sektor, seperti penggunaan sistem cekap tenaga, pengurangan sisa dan kitar semula.

Di samping kursus peningkatan kemahiran dan huraian hijau, program tersebut akan turut menawarkan huraian pembiayaan mampan pada kadar faedah lebih rendah.

DBS juga akan memberi bimbingan mengenai cara memanfaatkan geran pemerintah yang berkaitan untuk “meringankan beban kos syarikat yang ingin beralih kepada amalan hijau”.

Sheng Siong menyatakan, ia sedang berusaha mengurangkan kedua-dua jejak alam sekitar syarikat itu dan rantaian bekalannya dengan menggalak SME menerapkan amalan perniagaan mampan.

“Dengan memperkasa pembekal kami untuk beroperasi secara lebih cekap dan menyahkarbon operasi mereka, kami secara bersama boleh mengurangkan kesan alam sekitar daripada rantaian bekalan kami,” jelas pengarah eksekutif Sheng Siong, Cik Lin Ruiwen.

Usaha tersebut juga adalah kerjasama pertama antara dua syarikat itu, yang diadakan di bawah inisiatif SkillsFuture Queen Bee (SFQB), atau peneraju industri yang mempunyai kepakaran dalam sektor tertentu, kepimpinan pasaran dan keupayaan untuk mempengaruh syarikat, khususnya SME.

Diperkenalkan pada 2020, daya usaha SFQB bertujuan menyokong pembangunan kemahiran dan keupayaan tenaga pekerja SME, serta membantu SME meningkatkan kemampanan dan membangun kemahiran hijau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >