Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DBS, SkillsFuture bantu SME bangun kemahiran hijau

Oct 16, 2023 | 7:06 PM
PROGRAM BARU: DBS dan SkillsFuture bantu SME bina kemahiran hijau menerusi satu program khas.
PROGRAM BARU: DBS dan SkillsFuture bantu SME bina kemahiran hijau menerusi satu program khas. - Foto ST

DBS dan SkillsFuture Singapura (SSG) mengumumkan satu kerjasama baru selama dua tahun untuk membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) membangun kemahiran hijau menerusi satu program khas.

Inisiatif itu akan dijayakan menerusi Program Penggalak Kemahiran DBS SME yang dipertingkat.

Ia akan diadakan di bawah inisiatif SkillsFuture Queen Bee (SFQB) bagi menyokong SME meningkatkan kemampanan dan membangun kemahiran hijau.

Kerjasama itu bertujuan membantu memenuhi permintaan kian meningkat bagi kemahiran hijau dalam kalangan SME, yang telah meningkat sekitar 140 peratus setahun sejak beberapa tahun lalu, menurut satu kenyataan bersama DBS dan SkillsFuture.

Sedang lebih banyak perniagaan menerapkan amalan mampan dalam operasi perniagaan mereka, banyak pekerjaan sedia ada memerlukan dimensi tambahan, iaitu kemahiran hijau seperti rekaan dan pelaksanaan rancangan kemampanan.

Kemahiran lain termasuklah cara menetapkan, mengukur, mengesan dan melapor metrik prestasi bagi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG), selaras dengan keperluan pematuhan dan pelaporan yang berkembang.

Pelbagai kursus akan ditawarkan di bawah Akademi Kelas Perniagaan DBS dengan kerjasama rakannya.

Kursus tambahan mengenai perbankan dan kewangan, transformasi digital dan kesejahteraan siber juga akan disediakan sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik untuk mengukuhkan daya tahan perniagaan secara keseluruhan.

Program itu diperkenalkan menyusuli kejayaan tahun pertama DBS sebagai SFQB.

Sejak pelantikannya itu pada Julai 2022, lebih 130 pekerja daripada kira-kira 80 SME telah dilatih dalam bidang seperti pendigitalan dan pembelajaran di tempat kerja.

Maklum balas daripada syarikat yang menyertai juga amat positif – kira-kira 97 peratus responden dalam satu tinjauan berkata mereka mencapai matlamat untuk menambah pengetahuan dan meraih kemahiran selepas menamatkan kursus tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg