Pernahkah anda harus mengeluarkan duit simpanan ribuan dolar kerana keadaan kecemasan Kesihatan dan terpaksa membayar bil hospital yang banyak?
Ataupun duit simpanan itu kehabisan akibat terpaksa menanggung kehidupan yang penuh cabaran selepas kemalangan yang berlaku yang menyebabkan kita tidak dapat lagi bekerja.
Jika sesuatu yang tidak diinginkan berlaku pada diri kita, apakah anak isteri kita terjaga?
Bak kata pepatah: “Malang Tidak Berbau”.
Risiko terbesar yang menjejas kewangan kita biasanya berlaku apabila ia tidak disangka.
Kita tidak tahu bila kejadian tidak diingini menimpa kita dan keluarga kerana kehidupan ini penuh dengan kejutan – ada yang baik dan ada yang mencabar.
Akhirnya, duit simpanan yang kita kumpulkan selama bertahun-tahun berkurangan begitu sahaja akibat kita tidak membuat perancangan mendapat perlindungan awal.
Kemalangan, penyakit, kematian…semuanya di luar kawalan kita.
Namun, kita boleh mengambil langkah perlindungan agar orang-orang yang kita sayangi dilindungi jika kejadian tidak diingini berlaku.
Mulakan simpanan awal dengan jumlah wang yang dapat diperuntukkan pada setiap bulan dalam akaun deposit dan pelaburan bagi membangunkan dana untuk kecemasan dan masa hadapan.
Justeru, apakah yang boleh kita lakukan untuk membuat perancangan awal?
Dapatkan pandangan pakar-pakar jika anda menghadiri InsureXpo oleh Bank CIMB bertema “Dari Perlindungan Kepada Kemakmuran” pada 12 April ini di Dewan 405 dan 406 di Pusat Konvensyen Suntec.
Di InsureXpo oleh Bank CIMB, enam penyedia insurans utama di Singapura akan diwakili – dan anda boleh memahami bagaimana polisi insurans yang mereka tawarkan mungkin sesuai dengan perjalanan F.I.R.E (Financial Independence, Retirement Early) anda sendiri.
Bank CIMB Singapura diketahui menggunakan model terbuka dengan memilih untuk bekerja sama dengan syarikat insurans berbilang dan bukannya satu. Ini memberikan lebih banyak pilihan untuk perancangan kewangan seseorang.
Adakah anda ingin menikmati Kebebasan Kewangan (Financial Independence), Bersara Awal (Retire Early) (F.I.R.E) tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya?
InsureXpo oleh Bank CIMB boleh memberikan jawapannya dan mengajar anda caranya!
Ia akan diadakan dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Selain ceramah-ceramah diadakan di dewan utama, beberapa sesi ‘breakout’ akan juga diadakan.
Eksklusif bagi pembaca Berita Harian (BH), anda boleh menghadiri acara ini pada 12 April secara percuma kerana tiada bayaran dikenakan. Harga biasa tiket bagi acara ini ialah S$20.
Satu sesi khas akan menampilkan Ustazah Liyana Musfirah, yang merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengasas Hayaa’ Network.
Ustazah Liyana akan menyampaikan ceramah “Konsep Perlindungan Kewangan bagi Diri Sendiri, Keluarga dan Harta” pada 4.15 hingga 4.40 petang, Sabtu, 12 April.
Dalam ceramah ini, Ustazah Liyana akan memberikan pemahaman jelas dan praktikal mengenai insurans.
Ceramah itu akan menjelaskan keprihatinan adakah ia dibolehkan serta memberikan panduan mengenai keputusan kewangan beretika mengenai insurans.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Ustazah Liyana berkata perlindungan kewangan meliputi pendekatan beretika yang berstruktur meliputi tiga aspek: Mendapat pendapatan mengenai cara beretika, perbelanjaan yang sederhana dan perlindungan kewangan.
Ustazah Liyana akan menjelaskan langkah-langkah praktikal yang boleh diambil bagi melindungi harta, keluarga dan masa hadapan.
Menurutnya, pendekatan yang berdisiplin dalam menabung harus diamalkan bagi melindungi keadaan kewangan yang tidak diingini. Melabur dalam instrumen kewangan yang beretika boleh membantu mengekalkan dan mengembangkan harta.
Beliau juga akan menjelaskan pentingnya mempunyai wasiat.
“Mempunyai wasiat akan memastikan harta kita diagihkan dengan sewajarnya dan mengelakkan perselisihan dalam kalangan waris,’‘ jelas Ustazah Liyana.
Beliau menambah, orang ramai yang menghadiri InsureXpo oleh Bank CIMB akan dapat belajar mengenai perlindungan kewangan dan bersedia jika berlaku perkara tidak dijangkakan seperti kehilangan pekerjaan, penyakit dan kecemasan keluarga.
“Ada yang berpendapat, perlindungan kewangan hanyalah untuk orang berada tetapi hakikatnya, ia untuk semua orang tidak kira tahap pendapatan mereka,’’ tambahnya.
Ustazah Liyana menambah, kita digalak merancang dengan bijak, menjaga kebajikan keluarga dan melindungi harta kita.
“Perancangan kewangan bukan bermakna kita takut mengenai masa hadapan kita tetapi bertanggungjawab terhadap masa kini,’’ jelas Ustazah Liyana.
Ingin mendengar ceramah Ustazah Liyana? Ayuh daftar dan dapat TIKET PERCUMA KHUSUS bagi pembaca Berita Harian (BH):
– Lungsur http://cimb.sg/insurexpo2025 atau imbas kod QR yang tertera.
– Pilih InsureXpo Event (Day 2).
– Pilih berapa tiket diperlukan, isikan nama dan butir diperlukan.
– Bubuh Kod Promo: BH100.
Antara tajuk menarik di InsureXpo 2025 anjuran Bank CIMB
12 April di Main Hall
10.55–11.10 pagi
Kesediaan Kewangan di Singapura: Sejauh Mana Persediaan Anda Untuk Masa Depan (Ketua Pengurusan Kekayaan dan Perbankan Pilihan, CIMB Singapore, Encik Raymond Tan).
11.10–11.40 pagi
Jamin Masa Hadapan: Perlindungan Betul Bagi Setiap Tahap Kehidupan (Ketua Kerjasama dan Penjualan Bancassurance, Edaran Kumpulan Singlife, Cik Renita Chua).
12.00–12.20 tengah hari
Mencapai Kebebasan Kewangan (Pengasas, Credit Savvy, Encik Eric Chiew).
14.35–14.55 petang
Menjadi Jutawan CPF – Adakah anda akan lakukan perjalanan ini? (Pengasas 1M65 Movement, Encik Loo Cheng Chuan).
12 April di Breakout Rooms
14.45–15.25 petang
Tanya saya mengenai apa sahaja dengan SG Budget Babe (Pengasas SG Budget Babe, Cik Dawn Cher).
16.15–16.40 petang
Konsep Perlindungan Kewangan Untuk Diri Sendiri, Keluarga dan Kesihatan (Ustazah Liyana Musfirah, CEO dan Pengasas Hayaa’ Network).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg