Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPM Heng: Pakej Belanjawan bantu pertingkat kemahiran diri

Mar 12, 2024 | 03:24 PM



Pelbagai langkah bantuan dalam Belanjawan 2024 bukan bertujuan menambah kebergantungan rakyat Singapura pada pemerintah, sebaliknya membantu mempertingkat kemahiran dan diri mereka.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata: “Banyak langkah sokongan kita menggalak rakyat kita supaya meningkatkan kemahiran diri.

“Seperti ungkapan yang berbunyi, jika anda memberi seseorang ikan, dia akan kenyang sehari. Jika anda mengajar seseorang memancing, dia akan bertahan selamanya.”

Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata demikian ketika menjawab soalan dalam forum perbincangan bertajuk ‘Penakatan Dan Cabaran Yang Dihadapi Singapura Dalam Dunia Ini Yang Sentiasa Berubah’, anjuran Persekutuan Teochew pada 11 Mac.

Ketua Editor Kumpulan Media Cina (CMG), SPH Media Trust, Cik Lee Huay Leng, menjadi moderator dalam forum tersebut.

Sekitar 160 hadirin, termasuk pemimpin perniagaan dan masyarakat, menyertai acara yang diadakan buat pertama kali di Kelab Chui Huay Lim di Keng Lee Road di Newton, menurut The Straits Times (ST).


Belanjawan 2024 dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 16 Februari.

Di bawah Program Peningkatan SkillsFuture, contohnya, warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas bakal menerima tokokan kredit SkillsFuture sebanyak $4,000 pada Mei.

Kredit tersebut boleh digunakan untuk membayar yuran bagi sekitar 7,000 kursus sambilan dan sepenuh masa yang direka untuk memberi peluang pekerjaan lebih baik.

Encik Heng berkata negara seperti Amerika Syarikat sedang meneroka idea “pendapatan asas universal” yang menyaksikan rakyatnya menerima sejumlah wang secara tetap sedang automasi kian menggantikan pekerja dalam beberapa sektor ekonomi.

Namun, pemerintah di sini tidak melaksanakan idea tersebut, sebaliknya meneliti pelbagai cara melengkapkan tenaga pekerja dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI).

Misalnya, semasa perbahasan mengenai belanjawan kementeriannya pada 1 Mac, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, mengumumkan beberapa skim yang dapat memberi tenaga pekerja Singapura kelebihan dalam AI pada masa depan.

Ini termasuk memperuntuk sehingga $500 juta untuk memperoleh cip komputer termaju bagi menyediakan prasarana yang diperlukan untuk merangsang inovasi AI dalam sektor swasta dan awam.

Walaupun Singapura adalah sebuah ekonomi kecil, ia juga lincah, dan antara negara pertama yang berjaya bangkit daripada pandemik Covid-19, jelas Encik Heng.

Banyak perniagaan di Singapura telah berkembang ke luar negara, termasuk China, yang menghadapi pelbagai cabaran seperti ketegangan perdagangan dengan Amerika, jurang pendapatan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan miskin, serta masyarakat yang semakin tua.

China sedang meneliti transformasi ekonomi dan inovasi teknologi untuk kekal di hadapan.

Sambil menggesa syarikat tempatan mengambil perspektif jangka panjang, Encik Heng berkata: “Tidak ada negara yang mempunyai ekonomi yang sentiasa meningkat. Apa yang penting adalah sama ada ia berazam untuk berkembang.”

Beliau turut menekankan pentingnya simpanan negara digunakan secara berhemah.

Di samping langkah pemerintah membantu rakyat mengharungi tekanan inflasi, rakyat Singapura harus membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat, contohnya, sejumlah 14,000 keluarga bergaji rendah yang tinggal di rumah sewa di bawah skim ComLink.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >