Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS salur lebih banyak sumber kembangkan perniagaan halal bagi anggotanya

Jul 20, 2022 | 03:13 PM



LEBIH banyak sumber disalurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi mengembangkan perniagaan halal bagi anggotanya, termasuk melantik Eksekutif Kediaman (Executive-In-Residence)(EIR) bagi sektor halal.



EIR, sebuah program yang disokong Enterprise Singapore (ESG), akan memberi bimbingan kepada anggota membangunkan perniagaan halal mereka sejajar dengan langkah Dewan mengenal pasti Halal dan Penyejagatan sebagai industri utama pertumbuhan.



Semalam (19 Julai), DPPMS telah melantik seorang veteran dalam sektor halal, Encik Ronnie Faizal Tan, seorang perunding cara halal, sebagai EIR.



Encik Faizal, 54 tahun, seorang mualaf merupakan mantan pengarah urusan My Outlets Global Halal Hub di Viva Business Park, Chai Chee dan pernah menjadi Naib Presiden Hao Halal Hub. Beliau mempunyai pengalaman dan rangkaian luas dengan rakan-rakan dagangan di luar negara termasuk China, Eropah, Timur Tengah dan Malaysia hasil penceburannya dalam bidang halal selama sedekad.



Menurut DPPMS, selain memberikan bimbingan dan sokongan kepada SME untuk mengembangkan perniagaan halal mereka, EIR akan mengenal pasti dan bekerja sama dengan perniagaan bagi membaiki bidang-bidang tertentu dan membimbing strategi dalam industri halal.



Beliau juga akan menyelaras dan menyepadukan usaha membangunkan rangkaian dan jaringan niaga dengan agensi, badan dan firm tempatan dan antarabangsa.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >