Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS tampil sokong Dana 100 Tahun LKY

Aug 24, 2023 | 04:53 PM



Lima dewan perniagaan dan persatuan etnik tempatan, termasuk Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), kini berusaha mengumpul $10 juta dalam satu usaha baru bagi menyokong Dana 100 Tahun Lee Kuan Yew (LKY) untuk mempertingkat kepimpinan muda dan menyokong inisiatif pendidikan.

Daya usaha tersebut, yang diterajui Persekutuan Persatuan Suku Cina Singapura (SFCCA) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), juga merangkumi penglibatan Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) dan Persatuan Serani (EA).

Timbalan Presiden DPPMS, Encik Azhar Othman, yang turut serta dalam pelancaran inisiatif dana tersebut pada 17 Ogos di bangunan SCCCI, menekankan komitmen DPPMS untuk memelihara legasi Encik Lee Kuan Yew.

“Visi dan kepimpinan Encik Lee Kuan Yew telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah Singapura dan kepada rakyatnya.

“Dedikasinya kepada kemajuan negara telah membuka jalan kepada kejayaan luar biasa yang kita nikmati hari ini. DPPMS amat komited untuk memastikan warisannya terus berkembang maju,” kata Encik Azhar.

Dana 100 Tahun LKY telah dilancarkan pada 30 Mei oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong sempena ulang tahun ke-100 mendiang Perdana Menteri Pengasas Singapura.

Ia sasar untuk diguna bagi menyokong empat inisiatif berkaitan pendidikan bagi membangun serta mengiktiraf pemimpin muda, dan boleh digunakan untuk menyokong inisiatif pendidikan lain pada masa depan.

Ini termasuk Program Pemimpin Muda Singapura (SYLP), pengembangan Anugerah Biasiswa Lee Kuan Yew, Biasiswa Pos-Siswazah Lee Kuan Yew untuk Kehijauan Bandar dan Ekologi, dan sokongan tambahan bagi pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik yang kurang bernasib baik, yang menunjukkan potensi dan daya tahan.

“Visi (DPPMS) untuk masa depan Singapura ialah inovasi, kemajuan dan keterangkuman. Dana 100 Tahun LKY selaras dengan visi ini.

“Ia akan menjadi pemangkin bagi memupuk potensi belia, memperkasa mereka dengan sumber yang mereka perlu untuk berjaya dan menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan negara kita. Dengan melabur dalam bakat muda, kita melabur dalam kejayaan berterusan Singapura,” kata Encik Azhar.

Inisiatif bersama oleh lima badan dewan perniagaan dan persatuan etnik tempatan itu akan berakhir pada 15 September ini.

Dalam satu kenyataan bersama oleh SFCCA dan SCCCI, kedua-duanya berharap dapat menarik lebih banyak penyertaan bagi menyokong inisiatif tersebut, termasuk menerusi kerjasama dengan rangkaian ahli, suku, sekolah gabungan, persatuan perdagangan dan rakan kongsi masyarakat daripada sektor awam dan swasta.

“Kami menggalak penyertaan aktif oleh orang ramai dalam menandatangani buku tandatangan, (kami) menghargai setiap tandatangan tidak kira jumlah derma,” menurut kenyataan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >