Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

e2i lancar pusat kerjaya di CBD, kit sumber kerjaya bagi profesional

Apr 03, 2024 | 03:20 PM



Golongan profesional dan pekerja muda kini boleh mendapat akses kepada lebih banyak sokongan kerjaya dengan bantuan sumber baru yang dilancarkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC pada 2 April melancarkan sebuah kit sumber kerjaya baru, yang merangkumi alat penilaian kendiri, sumber bagi menyokong pencarian pekerjaan, dan panduan serta nasihat untuk pencari kerja.

Kit sumber kerjaya bagi golongan profesional itu boleh didapati dalam talian dan di pusat kerjaya baru e2i di One Marina Boulevard.

Pusat tersebut dibuka secara rasmi pada 2 April, dan merupakan pusat pertama institut itu di Kawasan Pusat Bandar (CBD), lapor The Straits Times.


Pusat baru itu dilengkapi paparan bantuan kendiri interaktif yang memberi pencari kerja akses kepada rangkaian perkhidmatan dan e-sumber NTUC bagi pekerjaan dan kemahiran.

Pelawat juga boleh mengakses kit sumber kerjaya bagi profesional, membuat tempahan dan bercakap dengan pembimbing kerjaya, serta menghadiri bengkel dan ceramah anjuran institut tersebut.

Menurut e2i, lokasi pusat tersebut di CBD sesuai untuk golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

Ia menyatakan setakat ini kebanyakan pelawat ke pusat baru itu adalah PMET.

Sejak pelancaran awal pusat itu dua minggu lalu, pusat tersebut sudah menerima seramai 110 pelanggan, sekitar 90 peratus daripada mereka adalah PMET yang ingin mencari pekerjaan atau bertukar kerjaya.

Pusat di CBD itu juga ingin menarik pekerja muda dan pencari kerja, termasuk mereka yang mencari pekerjaan pertama mereka.

Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata pembukaan pusat tersebut di CBD adalah langkah penting dan tepat pada masanya bagi pekerja muda, terutamanya PMET, sedang golongan tersebut menghadapi tekanan kian meningkat seperti peningkatan kecerdasan buatan (AI) di samping kos sara hidup dan tanggungjawab penjagaan yang meningkat.

“Tenaga pekerja Singapura sekarang mengalami peralihan. Kebanyakan PMET kini dalam tenaga kerja kita. NTUC, setelah berjaya pada tahun-tahun awal dalam pembangunan negara bersama pekerja kita, sekarang ingin mengalihkan fokus dan berinovasi bersama PMET.

“Dengan pusat kerjaya baru ini, kami berharap dapat menyediakan akses, kemudahan dan nilai tambah substantif kepada PMET kita, baik peluang pekerjaan mahupun peningkatan kemahiran profesional dalam kerjasama kami dengan dewan perniagaan Singapura dan rakan pengetahuan kami,” ujar beliau.

“Saya berharap ini akan menjadi pencapaian penting pertama sedang NTUC menyokong usaha untuk bekerjasama dengan PMET,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >