Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Yayasan FairPrice sumbang $40,000 kepada Mendaki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan FairPrice sumbang $40,000 kepada Mendaki

Dapat bantu sekitar 200 penerima dalam biayai kos berkaitan pendidikan
Apr 03, 2024 | 02:08 PM



Sempena Ramadan yang mulia, Yayasan FairPrice memberi sumbangan $40,000 kepada Yayasan Mendaki.

Ia bertujuan membantu pelajar membiayai kos berkaitan pendidikan mereka seperti yuran sekolah, kos pengangkutan dan pembelian buku teks.

Ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, pada acara berbuka puasa anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Kumpulan FairPrice pada 2 April.

Acara itu dihadiri Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah; Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Melahirkan penghargaannya, CEO Mendaki, Cik Zuraidah, berkata: “Kami bersyukur kerana FairPrice berkongsi misi Mendaki dalam membantu membaiki kehidupan keluarga melalui pendidikan dan menunjukkan sokongan itu melalui sumbangan yang bermakna ini.

“Kami berbesar hati apabila kira-kira 200 penerima akan mendapat manfaat tahun ini (2024).”

Encik Chawla berkongsi bahawa sudah menjadi tradisi bagi Kumpulan FairPrice memberikan minuman dan kurma kepada pelanggan Islam sepanjang Ramadan, dengan 2024 merupakan tahun ke-16 FairPrice berbuat demikian.

Dalam pada itu, Encik Ng menekankan pentingnya menyokong benefisiari Melayu/Islam yang menghadapi cabaran kewangan dalam kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Kini keluarga bergelut dengan cabaran kewangan untuk menampung keperluan hidup, daripada perumahan kepada penjagaan kesihatan, daripada pendidikan kepada keperluan harian.

“Sebahagian daripada anda mungkin juga bimbang tentang jaminan pekerjaan anda,” kata beliau.

Menurut Encik Ng, gerakan kerja NTUC akan memperjuangkan kepentingan dan menangani kebimbangan benefisiari sama ada melalui kesatuan sekerja yang akan mewakili mereka di tempat kerja, atau dengan peluang latihan dan penempatan kerja.

“NTUC LearningHub dan e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) NTUC akan membantu meningkatkan kebolehpasaran anda dan mencari peluang pekerjaan untuk anda.

“NTUC Care Fund juga telah menyediakan sokongan kepada individu dan keluarga berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup,” ujar Encik Ng.

Encik Mohamed Naseer, pekerja pertengahan kerjaya berusia 43 tahun, yang lulus dari Universiti Murdoch dengan Sarjana Perniagaan Antarabangsa, mendapati dirinya menganggur selama lima bulan sejak pekerjaan terakhirnya.

Beliau telah memperoleh bantuan daripada bidang tumpuan keempat (FA4) M3 dan kini, melalui pemadanan kerja, Encik Naseer baru sahaja menerima surat penerimaan daripada sebuah syarikat.


Selain itu, FairPrice juga telah mengurangkan peningkatan kos keperluan harian melalui daya usaha seperti diskaun 1 peratus bagi 500 barangan keperluan untuk enam bulan pertama 2024.

Ini demi mengimbangi kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada 9 peratus, yang dinaikkan pada 1 Januari.

Sempena perayaan Hari Raya yang bakal menjelang, Kumpulan FairPrice akan turut mengadakan pesta blok Hari Raya pada 20 April di Bedok dan Bukit Batok dengan pelbagai makanan dan kegiatan permainan buat seisi keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >