Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

e2i perluas khidmat, kendalikan 26 pusat kerjaya, pekerjaan mulai 1 Apr

Mar 11, 2024 | 05:04 PM



Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan memainkan peranan lebih luas dalam menyokong pekerja dan pencari kerja tempatan dengan mengendalikan lebih banyak pusat kerjaya serta pusat pekerjaan dan kemahiran mulai 1 April.

Ini setelah Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) menyerahkan 12 pusat, termasuk dua pusat kerjaya di Our Tampines Hub (OTH) dan Pusat Sivik Woodlands (WCC) serta 10 Pusat Pekerjaan dan Kemahiran (JSC), kepada e2i.

Ini bermakna e2i akan mengendalikan sebanyak 26 tempat perkhidmatan kerjaya dan pekerjaan serata negara, merangkumi empat pusat kerjaya – Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair, One Marina Boulevard, OTH dan WCC – dan 22 JSC.

WSG akan terus mengendalikan Pusat Penghubungan Kerjaya (Careers Connect) mereka yang terletak di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat dekat Paya Lebar.

e2i dan WSG, dalam satu kenyataan bersama pada 11 Mac, berkata langkah bagi e2i menguruskan lebih banyak tempat perkhidmatan kerjaya dan pekerjaan itu akan membolehkan mereka mempertingkat usaha mendekati pekerja.

Ini dengan membawakan khidmat bimbingan kerjaya, nasihat peningkatan kemahiran dan pemadanan kerja lebih dekat kepada masyarakat serata negara.

Bagi WSG pula, ia menandakan satu langkah ke hadapan sedang agensi itu mengalihkan peranannya sebagai peneraju sektor untuk memperkukuh ekosistem pemudahcaraan kerjaya dengan bekerjasama seiring rakan, pengantara pasaran pekerja dan majikan.

“e2i dan WSG akan bekerjasama demi memastikan peralihan lancar untuk warga Singapura yang memerlukan bantuan pekerjaan.

“Klien WSG yang kini mendapatkan khidmat bimbingan kerjaya daripada pusat kerjaya di OTH dan WCC akan terus menerima bantuan daripada pembimbing kerjaya semasa mereka.

“WSG kekal komited menyokong klien dalam perjalanan kerjaya mereka,” kata e2i dan WSG dalam kenyataan itu.

e2i akan memanfaatkan rangkaian masyarakat NTUC yang luas untuk terus membantu pekerja, terutama golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), belia, pekerja matang, pekerja yang mudah terjejas dan wanita yang kembali bekerja, dalam mencari peluang pekerjaan.

Antara sumber yang sedia ada untuk pekerja termasuk Alat Penilaian Kerjaya, bengkel pencarian kerja, kit untuk PMET dan alat Pembina Resume.

Dalam pada itu, WSG akan memacu daya usaha baru untuk membantu tenaga kerja mengikuti perkembangan landskap pekerjaan, dan mengambil langkah proaktif dalam menetapkan matlamat kerjaya jangka panjang.

“Ini akan membolehkan individu mempertingkat kemahiran secara bermatlamat dan memastikan kemahiran yang diperolehi adalah relevan dengan pekerjaan semasa dan masa depan.

“Satu contoh inisiatif ini ialah program Polaris, yang dirintis pada November 2023 untuk menyokong individu dalam melakar pembangunan kerjaya jangka panjang mereka sementara masih dalam pekerjaan dan termasuk penerokaan peluang baru dalam sektor baru muncul,” kata e2i dan WSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >