Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EC di pinggir bandar dijual dengan keuntungan tinggi pada suku kedua 2023

Jul 25, 2023 | 11:30 AM



Pasaran kondominium eksekutif (EC) di pinggir bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan empat hingga lima tawaran jualan semula yang paling menguntungkan dalam suku kedua 2023, mengikut peratusan keuntungan.

Hartanah itu bertukar tangan dengan nilai hampir seganda daripada harga asal.

Namun, pada suku kedua, sedang hartanah utama mencatatkan keuntungan mutlak terbesar berdasarkan kenaikan harga, di sisi lain, lima kerugian terbesar terjadi dalam penjualan di Kawasan Tengah Utama (CCR), dengan kerugian nilai antara $300,000 dengan $1.83 juta.

Menurut data dari Cushman & Wakefield yang dikumpulkan untuk The Business Times, empat penjual EC mencatatkan keuntungan 86 peratus selepas memiliki unit mereka selama 6.5 tahun secara purata.


Salah satu contoh adalah unit 958 kaki persegi di Wandervale di Choa Chu Kang, dijual pada harga $1.28 juta atau $1,331 kaki persegi (psf) pada Mei, meraih keuntungan 93 peratus berbanding harga asal $661,000 ($690 psf) pada April 2016.

Unit EC lain sebesar 570 kaki persegi di Sol Acres, juga di Choa Chu Kang, dijual pada harga $850,000 atau $1,490 psf pada Mei, dengan keuntungan tahunan 11 peratus daripada harga pembelian awal $449,000 ($787 psf) pada April 2017 dan tempoh pegangan selama enam tahun.

Sementara itu, unit yang mencatatkan keuntungan terbesar mengikut peratusan adalah unit pegangan bebas seluas 1,184 kaki persegi di 303B Tanjong Katong Road di Daerah 15, yang dijual pada harga $1.95 juta ($1,647 psf) pada Jun.

Ini menandakan keuntungan 111 peratus atau 9.4 peratus keuntungan tahunan daripada harga pembelian asal $925,080 ($781 psf) pada Mac 2015.

Cushman & Wakefield melakukan kajian terhadap hak milik rumah swasta seperti kondominium dan apartmen dengan sejarah pembelian antara Januari 2012 dengan Jun 2023 dan berurus niaga pada suku kedua 2023.

Dalam analisis itu, kos urus niaga dan cukai seperti cukai setem pembeli dan cukai setem penjual tidak diambil kira.

Data menunjukkan jumlah keuntungan daripada semua urus niaga menyaksikan peningkatan 5.6 peratus pada suku kedua bernilai $811.23 juta berbanding $768.17 juta pada suku sebelumnya.

Walaupun begitu, purata keuntungan setiap urus niaga mengalami penurunan 10 peratus menjadi $379,435 daripada $421,145.

Pada masa yang sama, jumlah kerugian kekal hampir tidak berubah dari suku sebelumnya iaitu pada $13.54 juta, tetapi purata kerugian bagi setiap urus niaga yang merugikan meningkat 29 peratus menjadi $221,958 daripada $171,990.

“Walaupun keadaan pasaran semakin perlahan, tekanan dalam pasaran kekal terhad dengan tahap urus niaga yang merugikan yang rendah.

“Bagaimanapun, dengan pertumbuhan harga yang sederhana, penjual memperoleh keuntungan yang lebih rendah secara purata,” kata Ketua Penyelidikan Perundingan di Cushman & Wakefield, Encik Wong Xian Yang.

Dari segi keuntungan mutlak, lima urus niaga paling menguntungkan dalam pasaran jualan semula adalah semua unit pegangan bebas di CCR Singapura. Hal ini disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dan saiz unit yang diurus niaga dalam CCR.

Salah satu contohnya adalah sebuah unit seluas 2,799 kaki persegi di tingkat 18 Boulevard 88 yang baru siap, dijual pada harga $14 juta atau $5,002 psf pada April, dengan keuntungan $3.87 juta atau 38 peratus berbanding harga pembelian awal $10.13 juta ($3,619 psf).

Keuntungan tahunan penjual sebanyak 8.2 peratus dengan tempoh pegangan hanya lebih empat tahun.

Di sisi lain, kesemua urus niaga yang paling merugikan – mengikut kuantum dan peratusan – berada di CCR, yang dibeli semasa “tempoh kitaran pasaran yang berbeza-beza”, kata Encik Wong.

Satu urus niaga yang mencatatkan kerugian terbesar adalah unit seluas 1,281 kaki persegi di kondominum pegangan bebas Helios Residences di District 9.

Ia bertukar tangan pada harga $3.15 juta atau $2,459 psf pada April – mencatatkan kerugian 37 peratus atau $1.83 juta daripada nilai asal $3.98 juta pada November 2012.

Penjual mengalami kerugian tahunan sebanyak 4.3 peratus berdasarkan tempoh pegangan selama 10 tahun setengah.

Encik Wong mengatakan permintaan untuk hartanah kediaman kekal tinggi dan kuasa pegangan yang kukuh memberi ruang kepada penjual untuk menunggu harga tawaran yang lebih menguntungkan daripada jual pada harga yang merugikan.

Menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), harga kondominium dan apartmen di CCR meningkat hanya 4.3 peratus secara kumulatif dalam dekad yang lalu, manakala bagi Baki Kawasan Tengah (RCR) dan Luar Kawasan Tengah (OCR), masing-masing meningkat sebanyak 33.9 peratus dan 34.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >