Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemilik pertama EC kaup untung purata $322,220 apabila jual hartanah

Jul 11, 2023 | 05:35 PM



Keuntungan kasar menjual kondominium eksekutif (EC) nampaknya memihak kepada pemilik pertama.

Ini kerana mereka berpeluang mengaup keuntungan purata $322,220, menurut Huttons Asia.

Dalam laporan yang terbit pada Selasa, agensi hartanah itu mengatakan pemilik pertama unit EC mengaup keuntungan lebih besar berbanding pemilik kedua.

Keuntungan purata yang diraih pemilik kedua ialah $261,948.

Apabila mencapai tempoh penginapan minimum (MOP) lima tahun, pemilik pertama dapat meraih keuntungan kasar purata lebih $300,000 “secara konsisten setiap tahun”, kata Huttons Asia.

Ini meningkat bagi pemilik yang sanggup menunggu lebih lama kerana keuntungan kasar purata ialah lebih daripada $500,000 apabila EC tersebut hampir mencapai tempoh 10 tahun.

Huttons Asia mendapati bahawa pemilik kedua terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk melihat keuntungan kasar purata hampir $300,000.

Laporan itu menganalisis 5,033 urus niaga EC bagi projek yang dilancarkan dari 2010, lapor The Business Times.


Huttons Asia mendapati pemilik pertama memperoleh keuntungan kasar purata lebih rendah apabila menjual unit EC mereka sebelum memenuhi MOP.

Dengan tempoh pegangan lebih lama, pemilik pertama cenderung untuk meraih keuntungan kasar purata yang lebih tinggi.

Menurut pengamatan, keuntungan kasar purata kelihatan paling tinggi apabila EC sudah mencapai 10 tahun atau lebih.

Ini mungkin disebabkan kumpulan pembeli yang lebih luas kerana warga asing kini layak membeli unit tersebut, kata Huttons Asia.

Ia menambah bahawa pemilik pertama selalunya menjual unit mereka dalam setahun setelah mencapai MOP kerana unit tersebut masih dianggap agak baru.

Keuntungan kasar purata bagi unit sedemikian ialah $317,731.

Jumlah ini meningkat kepada $327,982 bagi pemilik pertama yang menjual unit EC mereka antara satu tahun dengan kurang dua tahun selepas memenuhi MOP.

Kajian itu juga mendapati jumlah urus niaga berkurangan setelah tahun pertama selepas MOP.

Pembeli unit EC jualan semula memperoleh keuntungan kasar purata yang lebih kecil daripada urus niaga hartanah mereka berbanding pemilik pertama, menurut kajian itu.

Daripada 79 urus niaga di mana unit EC dijual semula dalam pasaran peringkat kedua, kajian itu menyatakan bahawa pemilik kedua memperoleh keuntungan kasar purata sebanyak$245,303 selepas memegang unit itu selama tiga hingga empat tahun.

Huttons Asia berkata berdasarkan kajian tersebut, unit EC baru merupakan pilihan yang lebih baik berbanding unit EC jualan semula.

Buat masa depan, Huttons Asia menyatakan bekalan terkawal unit EC yang baru akan dapat memastikan harga EC adalah baik.

Ia menyatakan harga purata bagi unit EC jualan semula meningkat 102.2 peratus dari 2008, manakala harga purata unit EC baru meningkat 88.5 peratus dalam tempoh yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >