Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EDB: S’pura tarik jumlah pelaburan tertinggi $22.5b tahun lalu

EDB
Feb 09, 2023 | 03:04 PM



SINGAPURA menarik pelaburan aset ditetapkan bernilai $22.5 bilion tahun lalu - yang tertinggi dalam sejarah - meskipun di tengah-tengah persekitaran perniagaan yang mencabar, kata Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).


Ini dipacu sektor elektronik, yang membentuk sekitar dua pertiga, atau 66.7 peratus, daripada komitmen pelaburan itu.


Projek hasil komitmen pelaburan yang diperolehi itu akan mewujudkan 17,113 pekerjaan baru dalam lima tahun mendatang, dengan sumbangan $20.6 bilion dalam nilai tambah (VA) setahun diramalkan.


Nilai tambah merujuk kepada sumbangan langsung yang dibuat syarikat kepada hasil kasar dalam negeri (GDP) Singapura dan merangkumi komponen seperti gaji pekerja dan pendapatan korporat.


Jumlah pelaburan yang diraih itu melebihi sasaran tahunan jangka masa pertengahan hingga panjang EDB antara $8 bilion dengan $10 bilion.


Pengarah urusan EDB, Cik Jacqueline Poh, dalam taklimat media semakan tahunan lembaga itu pada Khamis, berkata prestasi baik sektor elektronik itu adalah disebabkan kemasukan luar biasa projek pembuatan besar untuk memenuhi lonjakan permintaan semikonduktor global, terutamanya pada separuh pertama tahun lalu.


“Kami kini berada di penghujung kitaran pertumbuhan berterusan semikonduktor dan kami melihat permintaan semakin lemah.


“Kami tidak menjangkakan tahap pelaburan ini akan berterusan dalam jangka dekat, namun kami yakin dengan permintaan jangka panjang bagi cip dan peralatan semikonduktor,” kata beliau.


Cik Poh berkata sebahagian besar, atau 61 peratus, daripada pekerjaan baru yang akan diwujudkan adalah dalam sektor khidmat hab dan perniagaan, dengan fungsi korporat tradisional seperti pengurusan akaun dan pembangunan perniagaan serta juga peranan baru seperti pereka UI/UX dan jurutera keselamatan siber.


Sekitar 27 peratus pula akan diwujudkan dalam sektor perkilangan maju, dengan peranan seperti jurutera proses dan jurutera pembuatan bahan tambahan.


Baki 12 peratus pekerjaan adalah dalam inovasi, iaitu pekerjaan yang diwujudkan oleh projek penyelidikan dan pengembangan (R&D). Peranan kerja saintis penyelidikan dan kejuruteraan akan membentuk tiga daripada lima pekerjaan yang ditawarkan.


“Sekitar 70 peratus daripada pekerjaan yang akan diwujudkan ini adalah pekerjaan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), dan kami menjangkakan sebahagian besar daripadanya akan dilakukan warga setempat berdasarkan data masa lalu,” kata Cik Poh.


Sementara itu, EDB berkata sektor khidmat ibu pejabat dan profesional telah menyumbang sekitar separuh daripada komitmen perbelanjaan perniagaan keseluruhan (TBE) pada tahun lalu sedang lebih banyak perniagaan global menjadikan Singapura sebagai hab untuk membina daya tahan dalam operasi mereka serta mendapatkan akses ke pasaran serantau dan sejagat.


Tahun lalu, lembaga itu berjaya memperolehi TBE - merujuk kepada perbelanjaan operasi tahunan tambahan syarikat di Singapura, tidak termasuk susut nilai, dengan komponen utamanya termasuk gaji dan sewa - sebanyak $6.2 bilion.


Meskipun negara ini berjaya menarik pelaburan besar tahun lalu, pengerusi EDB, Dr Beh Swan Gin, berkata mereka tidak menjangkakan tahap pelaburan aset yang sama tahun ini dek beberapa cabaran dalam persekitaran perniagaan.


Ini termasuk persekitaran kadar faedah yang meningkat, persaingan global lebih sengit bagi pelaburan dan keperluan bagi Singapura bersikap lebih memilih dari segi kegiatan intensif tenaga yang akan ditarik ke negara ini sebagai sebahagian komitmen menyahkarbon ekonomi, kata beliau.


Namun begitu, EDB berkata terdapat peluang dalam sektor dengan pertumbuhan dan VA tinggi, seperti perkilangan maju, ekonomi hijau dan ekonomi digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >