Topic followed successfully
Go to BHkuEkon S'pura tumbuh 0.2% pada suku pertama 2021: MTI
Ekon S'pura tumbuh 0.2% pada suku pertama 2021: MTI
Apr 14, 2021 | 10:40 AM
Ekon S'pura tumbuh 0.2% pada suku pertama 2021: MTI
- ST
Ekonomi Singapura tumbuh 0.2 peratus bagi suku pertama tahun ini, satu perubahan dari -2.4 peratus dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI). Ia merupakan pertumbuhan suku tahunan pertama sejak suku keempat 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda. Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjangkakan ekonomi Singapura tumbuh melebihi ramalan rasmi pemerintah sebanyak 4-6 peratus, dengan syarat tidak ada faktor yang menjejas terus ekonomi sejagat.

