Ekonomi Singapura tumbuh lebih sederhana pada suku ketiga, sebanyak 5.4% berbanding 6.2% pada suku sebelumnya.

Berdasarkan perbandingan suku ke suku yang diselaraskan secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.1 peratus, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 1.5% pada suku kedua, menurut kenyataan Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI) pada 14 Oktober.

Perangkaan METI menunjukkan, sektor pengilangan meningkat sebanyak 7.5% pada suku ketiga berbanding tempoh sama pada 2025. Ini lebih perlahan berbanding pertumbuhan 12.9% pada suku sebelumnya.

Sektor pembinaan mencatatkan kenaikan sebanyak 8.8% berbanding pada suku ketiga tahun lalu, lebih pantas berbanding pertumbuhan 6.1% pada suku sebelumnya, didorong oleh peningkatan pengeluaran pembinaan bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.

Dalam kalangan sektor perkhidmatan, sektor perdagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan tumbuh secara kolektif sebanyak 8 peratus pada suku ketiga berbanding tempoh sama tahun lalu sekaligus, meneruskan rentak pertumbuhan 6.9 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Semua sektor dalam kumpulan ini telah menunjukkan pertumbuhan pada suku tersebut, kecuali sektor perdagangan runcit, tambah kenyataan itu.