Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon suku pertama S'pura tumbuh cuma 0.1%: Angka awal MTI

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura tumbuh jauh lebih perlahan pada suku pertama 2023, dihambat oleh kemuraman dalam sektor perkilangan.



Menurut perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat, ekonomi berkembang hanya 0.1 peratus pada suku pertama, berbanding 2.1 peratus pada suku sebelumnya dan 4 peratus pada suku pertama 2022.



Prestasi yang hambar ini telah menyebabkan beberapa pakar ekonomi memberi amaran tentang kemelesetan teknikal, yang merupakan penguncupan ekonomi buat dua suku berturut-turut.



Setelah diselaraskan secara musiman, ekonomi menguncup 0.7 peratus, berikutan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sebelumnya.



Kadar pertumbuhan pada suku pertama adalah lebih rendah daripada ramalan 0.6 peratus yang dibuat 10 pakar ekonomi ditinjau oleh Reuters.



Pemerintah telah meramalkan ekonomi akan berkembang antara 0.5 peratus dengan 2.5 peratus pada tahun ini.



Mengulas kelakonan itu, Ketua Pakar Ekonomi yang juga Ketua Penyelidikan dan Strategi OCBC Bank, Cik Selena Ling, berkata:



"Ini adalah rentak pertumbuhan paling lemah sejak suku keempat 2020 dan mengecewakan ramalan kami, pertumbuhan 0.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



"Sektor perkilangan yang menjejas pertumbuhan, dengan mencatatkan prestasi paling lemah sejak suku keempat 2015, ekoran elektronik yang kurang cergas.



"Ini jelas disebabkan oleh industri elektronik global dengan hubungan dagangan dan pengeluaran signifikan di merata rantau, yang merundum baru-baru ini."



Pakar ekonomi kanan RHB, Encik Barnabas Gan, dalam nota kajiannya pula berkata ekonomi Singapura telah tumbuh di bawah jangkaan pada suku pertama dan ini mungkin berterusan pada suku kedua, memandangkan ketidaktentuan dalam perkilangan dan perdagangan.



Pada suku pertama 2023, sektor perkilangan merosot sebanyak 6 peratus berbanding suku pertama 2022 - lebih buruk daripada pengecutan 2.6 peratus pada suku keempat 2022.



Menurut kenyataan MTI, kelakonan lesu sektor itu disebabkan pengeluaran yang merosot bagi semua kelompok pengilangan kecuali kelompok kejuruteraan pengangkutan.



Selepas diselaraskan secara bermusim, sektor itu mengecut 5.2 peratus pada suku pertama berikutan pertumbuhan 1 peratus pada suku keempat 2022.



Dalam kalangan industri perkhidmatan, segmen dagangan runcit dan borong serta pengangkutan dan simpanan secara bersama mengecut 1.1 peratus pada suku pertama 2023, berbanding tempoh sama pada 2022. Ini berikutan pertumbuhan 2.4 peratus pada suku sebelumnya.



Sektor binaan sebaliknya berkembang 8.5 peratus, berikutan pertumbuhan 10 peratus pada suku sebelumnya dirangsang kegiatan binaan dalam sektor awam dan privet.



Sementara itu, pakar ekonomi Maybank, Encik Chua Hak Bin dan Cik Lee Ju Ye, dalam laporan mereka berkata:



"Singapura berdepan dengan risiko memasuki kemelesetan teknikal jika rangsangan daripada pembukaan semula China tidak menunjukkan kesannya pada suku kedua."



Mereka menjangkakan MTI akan menurunkan ramalan pertumbuhan tahun sepenuhnya kepada kemerosotan 0.5 peratus dengan pertumbuhan 1.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >