Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi M’sia tumbuh pantas 8.7% pada 2022

Feb 10, 2023 | 09:31 PM



KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun sejak 2000 apabila berkembang pantas 8.7 peratus pada 2022, sekali gus pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia.


Pada suku terakhir 2022, ekonomi Malaysia berkembang 7.0 peratus, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, sekali gus menyokong pertumbuhan bagi keseluruhan tahun lalu mengatasi unjuran awal sekitar 6.5 peratus hingga 7.0 peratus, lapor Berita Harian Malaysia pada Jumaat (10 Feb).


Momentum positif itu berterusan dengan memperlihat Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) berkembang di luar jangkaan sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua dan terus berkembang pantas 14.2 peratus pada suku ketiga 2022, pertumbuhan terbaik di Asia.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata prestasi memberangsangkan ekonomi negara pada 2022 disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan utuh pasaran kerja dan permintaan kukuh bagi elektrik dan elektronik (E&E) serta pemulihan kegiatan pelancongan.


Beliau berkata pengembangan berterusan dalam pekerjaan pula mendorong pengurangan kadar pengangguran.


Tan Sri Nor Shamsiah berkata kegiatan sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan dengan disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >