Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekosistem S’pura yang kukuh boleh hasilkan produk sedia global: DPM Heng

Jul 03, 2023 | 05:49 PM



Ekosistem Singapura yang kukuh, serta rangkaian yang kuat di rantau dan melebihinya, boleh berfungsi sebagai pangkalan yang sesuai untuk menghasilkan produk sedia global dengan pasaran tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Beliau turut menekankan peranan penting yang boleh dimainkan oleh korporat dalam membimbing syarikat baru, melengkapkan usaha skim dan inisiatif pemerintah serta sokongan yang diberikan kepada perusahaan dalam perjalanan inovasi dan pengantarabangsaan mereka.

Demikian dikatakan semasa majlis perasmian ibu pejabat baru firma pembayaran global masa nyata, Nium, di Singapura pada Isnin.

Encik Heng berkata: “Untuk ekosistem kami terus kekal cergas, ia mesti dipupuk dan dikekalkan oleh semua pemain dalam industri.”

Sebagai contoh, Encik Heng berkata perjalanan Nium menjejaki pertumbuhan dan perkembangan ekosistem FinTech Singapura yang telah menjadi lebih cergas.

Nium, yang merupakan pemula atau start-up Singapura, kini membolehkan perniagaan dan individu untuk memindahkan wang merentasi sempadan.


Idea tersebut berkembang daripada isu awal mereka hampir 10 tahun yang lalu, menjadikan kiriman wang sejagat lebih murah dan kurang kompleks untuk pengguna.

Hari ini Nium merupakan salah satu pemain terkemuka dalam ruang pembayaran global, meliputi lebih daripada 190 pasaran, dengan kakitangan di kira-kira 20 negara di seluruh dunia.

Selama lima tahun yang lalu, pelaburan teknologi kewangan (fintech) di Singapura telah meningkat 18 kali ganda, daripada AS$230 juta ($310 juta) pada 2017 kepada lebih daripada AS$4 bilion pada 2022.

“Ini dibina atas infrastruktur dan rangka kerja yang kukuh yang kami sudah wujudkan sebagai pusat kewangan antarabangsa.

“Ini juga dibolehkan oleh pihak Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang berpandangan ke hadapan dan pendapat seimbang dalam menggalakkan inovasi FinTech sambil menjaga terhadap risiko, melalui kotak percubaan (sandbox) yang diterajui industri,” kata Encik Heng.


Di tahap yang lebih luas, Encik Heng berharap untuk mengukuhkan Singapura sebagai nod GlobalAsia untuk inovasi, teknologi dan perusahaan.

“Dengan adanya modal strategik dan bakat, ia menjadikan Singapura lokasi sesuai untuk pemula berkembang dan melabuh.

“Hubungan kami dengan rantau Asean dan Asia-Pasifik yang lebih luas membolehkan syarikat permulaan dan perusahaan mengakses pasaran yang lebih besar, terutamanya ekonomi dengan kelas pertengahan yang semakin meningkat dan permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan kewangan,” jelasnya.

Kata Encik Heng, dengan sokongan Enterprise Singapore (EnterpriseSG), Nium merancang meneroka peluang dan menebar kehadiran mereka dalam pasaran berkembang seperti Timur Tengah dan Afrika.

Dengan ini, ia akan meningkatkan kehadirannya sebanyak tiga kali ganda dalam berapa tahun akan datang kepada kira-kira 300 pasaran.

Tambahnya, Singapura juga akan memainkan peranan dalam berkhidmat kepada Pusat Kecemerlangan BizTech Nium, yang bertujuan untuk memupuk bakat bertaraf dunia yang boleh dipadankan dengan kepakaran teknikal perniagaan.

Selain itu, Nium juga kini secara aktif memberi kembali kepada masyarakat FinTech di bawah inisiatif Bolt mereka.


Di bawah hab kajian dan penyelidikan (R&D), usahawan dan pemula di peringkat awal di Singapura boleh mengakses API produk Nium dan rangkaian rakan kongsi modalnya, serta peluang bimbingan.

Mengalu-alukan usaha ini, Encik Heng berkata: “Apabila perusahaan berusaha untuk meningkatkan satu sama lain, ekosistem berkembang, kita mencapai sinergi, dan boleh memberi impak yang lebih besar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >