Eksport utama S’pura naik 9.3% pada Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eksport utama S’pura naik 9.3% pada Jan

Susulan permintaan kukuh AI pacu penghantaran elektronik
Feb 16, 2026 | 1:05 PM

Eksport utama S’pura naik 9.3% pada Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
eksport singapura, ai, elektronik
Eksport ke China, Hong Kong dan Eropah mencatat peningkatan paling tinggi berbanding tempoh sama pada 2025, manakala eksport ke Indonesia dan Amerika Syarikat menurun. - Foto fail

Eksport utama Singapura mencatat peningkatan pada Januari menyusuli lonjakan penghantaran elektronik berikutan permintaan kukuh dalam produk berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Para penganalisis memberi amaran mungkin terdapat sedikit ketidaktentuan pada suku pertama 2026 disebabkan perayaan Tahun Baru Cina pada Februari.

Namun, mereka kekal optimis eksport keseluruhan akan terus disokong oleh permintaan sejagat berkaitan AI.

Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) meningkat sebanyak 9.3 peratus, mengikuti peningkatan 6.1 peratus pada Disember 2025, berdasarkan angka yang dikeluarkan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada 16 Februari.

Namun, peningkatan itu masih di bawah jangkaan kenaikan 13.5 peratus seperti diramal oleh penganalisis dalam satu tinjauan.

Eksport elektronik naik 56.1 peratus, berbanding peningkatan rendah pada 2025, berikutan cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada Januari 2025.

Nodx elektronik bagi Januari 2025 bernilai $3.1 bilion, iaitu di bawah purata bulanan tahun tersebut.

Eksport litar bersepadu (IC) mencatat peningkatan paling tinggi, iaitu 80.5 peratus, manakala produk media cakera naik 70.2 peratus dan eksport komputer peribadi (PC) meningkat 24 peratus.

Eksport Nodx bukan elektronik pula merosot 3 peratus tahun ke tahun pada Januari, selepas mencatat kenaikan 0.8 peratus pada Disember 2025.

Penurunan itu dicatat dalam kategori mesin khusus, persediaan makanan dan petrokimia.

Dari segi pasaran, eksport ke China, Hong Kong dan Eropah mencatat peningkatan paling tinggi berbanding tempoh sama pada 2025, manakala eksport ke Indonesia dan Amerika Syarikat menurun.

Pakar ekonomi kanan DBS, Encik Chua Han Teng, berkata eksport elektronik seperti ke Korea dan Taiwan menyaksikan pertumbuhan kukuh, masing-masing mencatat 69.4 peratus dan 111.5 peratus.

Menurut Encik Chua, permintaan sejagat yang tinggi terhadap cip memori dan produk pelayan Singapura berkaitan AI, membolehkan negara ini meraih manfaat secara tidak langsung daripada penglibatan dalam ekosistem AI.

Sementara itu, eksport bukan elektronik ke Amerika merosot 57.3 peratus, lebih ketara berbanding penyusutan 47.2 peratus pada Disember 2025.

Keadaan itu mungkin menunjukkan kelemahan dalam permintaan domestik, kata Ketua Ekonomi yang juga Ketua Penyelidikan Kumpulan di OCBC, Cik Selena Ling.

Penyusutan 17.9 peratus dalam eksport bukan elektronik ke Indonesia pula menunjukkan kelembapan sementara dalam permintaan pengguna, jelas Cik Ling.

Sebaliknya, eksport bukan elektronik ke Thailand meningkat 67.6 peratus, manakala eksport ke Zon Euro naik 47.6 peratus.

Cik Ling meramalkan eksport pada Februari mungkin menyusut 0.4 peratus tahun ke tahun disebabkan perayaan Tahun Baru Cina, namun. ia dijangka pulih kepada 3.5 peratus pada Mac.

Ini sekali gus membawa pertumbuhan eksport utama bagi suku pertama 2026 kepada 4.3 peratus.

Prestasi eksport elektronik yang lebih kukuh berbanding penghantaran bukan elektronik yang lemah mungkin berterusan dalam jangka masa terdekat, mengimbangi sebarang ketidaktentuan yang timbul daripada tempoh perayaan ini, kata Encik Chua.

“Momentum eksport elektronik dijangka terus disokong oleh permintaan sejagat berkaitan AI berterusan, serta permintaan terhadap produk pelayan dan cip memori Singapura, manakala Nodx bukan elektronik mungkin terjejas oleh kesan berpanjangan daripada tarif Amerika yang lebih tinggi di peringkat sejagat.”

EnterpriseSG pada 10 Februari telah menaikkan ramalan bagi eksport utama pada 2026 berikutan prospek ekonomi sejagat yang lebih baik, terutama permintaan berkaitan AI.

Nodx dijangka berkembang antara 2 peratus dengan 4 peratus pada 2026, meningkat daripada ramalan sebelumnya iaitu 0 hingga 2 peratus pada November 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg