Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Elon Musk lengkapkan ambil alih Twitter bernilai $62b

Oct 28, 2022 | 04:44 PM



SAN FRANCISCO: Encik Elon Musk menyelesaikan pembelian firma pemesejan Twitter sebanyak AS$44 bilion ($62 bilion), menurut sumber yang tahu akan perkara itu, membolehkan orang terkaya di dunia itu menguasai rangkaian sosial itu selepas enam bulan berlaku perbalahan awam dan undang-undang berhubung perjanjian pembelian itu.


Pemegang saham akan dibayar AS$54.20 setiap saham, dan Twitter akan beroperasi sebagai syarikat persendirian.


“Burung ini telah dibebaskan,” kata Encik Musk dalam ciapannya, merujuk kepada logo burung Twitter, dalam rujukan jelas kepada keinginannya mahu melihat syarikat itu mempunyai lebih kebebasan berkaitan kandungan yang boleh disiarkan.


Penyelesaian pembelian itu mengakhiri kisah rumit yang bermula sejak Januari lalu dengan pembelian secara senyap hartawan itu bagi meraih saham besar dalam syarikat tersebut, dan kegusarannya yang semakin meningkat dengan cara ia dijalankan, namun akhirnya berlaku perjanjian penggabungan selepas berbulan-bulan lamanya.


Pada 4 Oktober lalu, Encik Musk bersetuju meneruskan syarat pembelian asalnya yang dicadangkan, dengan hakim Mahkamah Chancery Delaware memberi kedua-dua pihak sehingga 28 Oktober untuk menyelesaikan perjanjian itu.


Tarikh akhir itu berjaya dipenuhi, dan kini Encik Musk, yang merupakan ketua eksekutif syarikat Tesla dan juga SpaceX, turut menguasai Twitter, perkhidmatan yang sering digunakannya tetapi sering mengkritiknya secara terbuka, dan beliau telah berjanji mahu mengubahnya secara dramatik.


Saham syarikat itu dijangka tidak lagi didagangkan di Bursa Saham New York.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Encik Parag Agrawal, adalah antara eksekutif yang merancang meninggalkan Twitter selepas Encik Musk melengkapkan pengambilalihannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >