Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

FairPrice perluas niaga jenama sendiri agar harga barangan berpatutan

Jul 31, 2023 | 05:56 PM



Rangkaian pasar raya setempat, FairPrice Group, akan meluaskan perniagaan produk jenama sendiri untuk memastikan harga barangan terus berpatutan untuk warga Singapura.

Ini membolehkan ia menyediakan pelanggan dengan bekalan konsisten bagi produk penting yang bermutu baik pada harga di bawah kadar inflasi.

Menjelaskan lebih lanjut dalam temu bual dengan akhbar The Straits Times, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FairPrice, Encik Vipul Chawla berkata rangkaian pasar raya itu kini akan menyalurkan lebih banyak sumber dalam usaha mengembangkan perniagaan jenama sendiri, membolehkannya membangunkan produk yang diperlukan pelanggan pada kos lebih rendah berbanding jenama lain.


“Huraian Makanan dan Jenama Sendiri (OBFS) kami adalah penting dalam misi sosial kami untuk menolong pelanggan mengurangkan kos sara hidup,” ujar beliau yang dilantik CEO tahun lalu.

Dengan mengekalkan portfolio jenama sendiri, FairPrice mempunyai kawalan lebih tinggi ke atas sumber, mutu, pemasaran dan sekaligus, kos menghasilkan produk dalam perniagaannya.

OBFS yang ditubuhkan pada 2019, bertapak dengan jenama sendiri Pasar dan FairPrice, yang berharga 10 peratus hingga 15 peratus lebih rendah daripada jenama lain.

Kini, ia diluaskan kepada 12 jenama sendiri. Ia meliputi sejumlah 2,000 produk daripada 54 kategori, 300 daripadanya dilancarkan sejak 2020, termasuk jenama makanan Harvest Fields dan Origins.

Di FairPrice, satu dalam tiga bakul pembeli-belah mengandungi produk jenama sendiri, menurut data syarikat itu manakala bagi pembelian talian pula, perangkaan itu adalah tujuh dalam 10.

Walau demikian, jenama OBFS merangkumi hanya 15 peratus daripada barangan yang dijual di FairPrice berbanding dengan kadar purata global, 30 peratus bagi jenama sendiri di pasar raya.

Ketua Pegawai Eksekutif OBFS, Cik Grace Chua, berkata unit perniagaan itu akan terus meluaskan portfolio jenama sendiri dan sentiasa mencari lebih banyak peluang pemerolehan yang boleh membantunya dalam menjamin bekalan barangan asas.

Sedang permintaan meningkat, OBFS dijangka mampu menggandakan pendapatannya kepada $1 bilion pada 2030, berbanding $500 juta ketika ini.

Jelas Encik Vipul, pada kadar sedia ada, OBFS kini adalah antara syarikat barangan pengguna yang cepat laris, yang terbesar di Singapura dengan potensi untuk berkembang.

“Selain daripada kami menjadi lebih relevan secara strategik dalam pasaran, ia juga membuka peluang dagangan antarabangsa untuk kami bekalkan pasar raya serantau dengan produk jenama sendiri yang akan membantu kami dari sudut kewangan,” tambahnya.

Sumber pendapatan tambahan akan menyokong perniagaan FairPrice apabila ia perlu mengeluarkan belanja lebih tinggi untuk memastikan bekalan mencukupi.

Ini berlaku semasa Malaysia menghentikan eksport ayam ke Singapura pada Jun 2022.

“Kami tidak mempunyai amaran lebih awal, namun bekalan kami mencukupi dan harga ayam kami tidak berubah,” jelas Encik Vipul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >