Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma AS ganda kapasiti pengeluaran cip dengan kilang AS$150j baru di Jurong

Jun 13, 2024 | 6:20 PM
Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, bersama Presiden Pall Corporation, Encik Naresh Narasimhan, di majlis pembukaan kemudahan kilang baru syarikat itu di Benoi Sector, Jurong, pada 13 Jun.
Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, bersama Presiden Pall Corporation, Encik Naresh Narasimhan, di majlis pembukaan kemudahan kilang baru syarikat itu di Benoi Sector, Jurong, pada 13 Jun. - Foto PALL CORP

Syarikat pengeluar huraian penapisan Amerika Syarikat, Pall Corporation, pada 13 Jun merasmikan pembukaan sebuah kemudahan kilang barunya bernilai AS$150 juta ($202 juta) di Singapura bagi menyokong permintaan cip semikonduktor di seluruh dunia.

Dengan pelancaran fasa satu kemudahan itu, syarikat tersebut berupaya menggandakan kapasiti pengeluaran cip, malah mampu menambah pengeluaran cip berlipat kali ganda pada mada depan, kata Presiden Pall Corporation, Encik Naresh Narasimhan, kepada The Business Times dalam satu temu bual.

Kilang seluas 2.8 hektar di kawasan perindustrian Benoi Sector, Jurong, itu adalah kilang pengeluaran kedua syarikat tersebut di rantau ini, dan kilang penapis mikroelektronik pertamanya.

Kemudahan tersebut merangkumi lebih 18,000 meter persegi ruang pengilangan dan pejabat.

Syarikat tersebut turut merancang menyertakan keupayaan penyelidikan dan pengembangan (R&D) di kemudahan itu pada masa depan.

Menurut syarikat itu, teknologi baru dan canggih yang digunakan di kilang tersebut akan meningkatkan kapasiti Pall untuk “menyokong teknologi termaju”, selain membantu meningkatkan pelbagai aplikasi baru, seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif.

Ia juga akan membolehkan syarikat itu bekerjasama dengan pelanggan untuk pembangunan teknologi dan proses, tambah Encik Narasimhan.

Dengan trend mega yang kian berkembang, seperti AI dan 5G, permintaan bagi cip semikonduktor dijangka “meningkat berlipat kali ganda dalam beberapa dekad akan datang”, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, yang hadir pada majlis perasmian itu.

Permintaan bagi cip AI, khususnya, dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) sebanyak 22 peratus.

Ini bermakna keperluan bagi keupayaan dan kapasiti pengeluaran semikonduktor akan bertambah, kata Encik Tan.

Singapura menjangka pelaburan lanjut daripada pelbagai syarikat yang merentasi seluruh rantaian semikonduktor, daripada fabrikasi wafer kepada pembungkusan dan ujian lanjutan, tambahnya.

Pall menubuhkan ibu pejabat Asia-Pasifik syarikat itu di Singapura pada 1984.

Ditanya mengapa syarikat itu memilih Singapura bagi kemudahan barunya, Encik Narasimhan berkata prasarana rantaian bekalan Singapura dan capaian ke seluruh dunia menjadi faktor utama yang mempengaruhi keputusannya.

Syarikat itu menjangka mewujudkan lebih 300 pekerjaan sepanjang beberapa tahun akan datang, dalam bidang sains, kejuruteraan dan perkilangan termaju dengan tapak baru itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg