Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma dompet kripto, BitGo, dapat kelulusan secara prinsip di S’pura

Jan 10, 2024 | 05:18 PM



Satu cabang firma jagaan aset digital milik BitGo, iaitu BitGo Singapore, dijangka dapat mengembangkan perniagaannya di sini sedang ia menanti untuk menerima lesen penuh daripada pengawal selia setempat.

Firma Amerika Syarikat itu dijangka menawarkan perdagangan bagi pelabur bukan runcit tidak lama lagi.

Firma tersebut menyatakan pada 10 Januari bahawa ia diberi kelulusan secara prinsip daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk memperoleh lesen institusi pembayaran utama (MPIL), lapor The Straits Times (ST).


Apabila ia menerima lesen penuh itu kelak, firma itu merancang meluaskan tawarannya di Singapura supaya pelanggan institusi boleh membeli dan menjual mata wang kripto dengan memanfaatkan ‘huraian jagaan simpanan sejuk’ firma itu, yang dilindungi insurans.

‘Simpanan sejuk’ bermakna simpanan ‘kunci’ swasta mata wang kripto di luar talian dalam sesebuah alat atau peranti.

Pengarah urusan Asia-Pasifik BitGo, Encik Lim Ho Beng, berkata peraturan Singapura yang jelas mengenai aset digital, dan kedudukannya sebagai hab inovasi terkemuka, serta pintu masuk ke Asia-Pasifik merupakan faktor utama yang mendorong pengembangan perniagaan syarikat itu di sini.

Firma itu, yang diasaskan di California pada 2013, melancarkan perdagangan kripto di Amerika pada 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma itu, Encik Mike Belshe, berkata kelulusan secara prinsip oleh MAS diberikan selepas firma itu mendapat lesen dari Jerman.

“Kami ingin mengembangkan jejak sejagat kami dan memberi pelanggan kami huraian yang terkawal, selamat dan dipercayai,” tambahnya.

BitGo mempelopori dompet pelbagai tandatangan, atau dompet yang memerlukan pelbagai kunci.

Ia merupakan syarikat jagaan pertama yang memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada pelanggan institusi.

Kumpulan itu memperoleh sekitar 20 peratus daripada semua urus niaga Bitcoin dalam rantaian berdasarkan nilai, dan menyokong lebih 700 aset digital di wadah itu.

Ia juga menyediakan sokongan keselamatan dan operasi untuk lebih 1,500 pelanggan institusi di 50 negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >