Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma Israel guna S’pura sebagai asas untuk teknologi akuakultur

Oct 5, 2023 | 3:14 PM
CEBURI BIDANG AKUAKULTUR: Firma Kumpulan Tiran dari Israel sudah aktif dengan pertanian udang di China, Vietnam dan Singapura.
CEBURI BIDANG AKUAKULTUR: Firma Kumpulan Tiran dari Israel sudah aktif dengan pertanian udang di China, Vietnam dan Singapura. - Foto TIRAN

Firma Israel, Kumpulan Tiran, menggunakan Singapura sebagai asas untuk memacu penggunaan teknologi dan inovasi bagi membantu memenuhi permintaan Asia bagi keselamatan makanan dan air bersih. 

Syarikat itu yang mula sebagai firma perkapalan dan logistik pada 1997 menceburi bidang akuakultur sekitar sedekad lalu di bawah unit yang dipanggil New Horizon.

Hari ini, selain memindahkan sehingga 70,000 kontena kapal setiap tahun yang berulang alik dari Turkey ke Israel, Tiran juga terlibat dalam akuakultur ikan tilapia merah di Israel dan udang air segar di Asia, khususnya dari China dan Vietnam. 

Pengasas Kumpulan Tiran, Encik Haim Avioz, memberitahu akhbar The Straits Times semasa satu lawatan ke Singapura pada pertengahan September bahawa permintaan global untuk makanan laut terus meningkat, didorong pengguna Asia yang mempunyai sehingga 60 peratus penduduk sedunia. 

Kini, terdapat krisis global dalam perikanan yang disebabkan penangkapan ikan yang berlebihan dan perubahan iklim. Akuateknologi atau pertanian menggunakan teknologi inovatif boleh merapatkan jurang ini dan diunjurkan menjadi sumber utama makanan laut pada masa depan. 

“Kami sudah aktif dengan pertanian udang di China, Vietnam dan Singapura,” kata Encik Avioz, ketua eksekutif Tiran dan New Horizon.

“Kami sudah menjual produk kami di Kemboja, Taiwan, Thailand, Malaysia, Bangladesh, Brunei dan banyak lagi dan sedang menerokai pasaran Indonesia, India dan Filipina.”

Permintaan untuk udang-udang yang baru menetas dari China sahaja bernilai melebihi AS$100 bilion ($137.5 bilion) setahun, tetapi hanya AS$5 bilion daripada permintaan itu dipenuhi kini,” katanya. 

Di Singapura, Tiran sedang bekerjasama dengan Ladang Opal Resources untuk membiak dan menjual udang air segarnya yang hanya menghasilkan udang jantan yang lebih besar.

Tiran memiliki paten global bagi teknologi baka yang dibangunkan di Institut Bioteknologi Nasional di Universiti Ben Gurion Negev di Israel.

Teknologi itu, yang tidak menggunakan hormon atau kimia dan tidak melibatkan modifikasi baka, menghasilkan lebih banyak udang jantan sahaja dengan kadar kematian yang sangat rendah. Ternakan juga kurang terdedah kepada serangan virus.

Analisis ekonomi menunjukkan bahawa pendapatan daripada penternakan udang bagi populasi semua jantan sekitar 60 peratus lebih banyak daripada populasi kededua jantina atau semua betina. Ini kerana saiz udang jantan lebih daripada dua kali ganda daripada udang betina, kata Encik Avioz.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg