Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma kripto OKX terima lesen khidmat pembayaran digital

Mar 13, 2024 | 2:04 PM
Kelulusan lesen daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membolehkan OKX menyediakan khidmat token pembayaran digital dan pemindahan wang rentas sempadan di Singapura.
Kelulusan lesen daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membolehkan OKX menyediakan khidmat token pembayaran digital dan pemindahan wang rentas sempadan di Singapura. - Foto REUTERS

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memberi kelulusan secara prinsip kepada firma pertukaran kripto OKX untuk memperoleh lesen perkhidmatan pembayaran, pada 13 Mac.

Kelulusan untuk OKX memperoleh lesen institusi pembayaran utama (MPI) itu menjadikan OKX antara beberapa syarikat teknologi kewangan (fintech) yang diberi lesen sama, termasuk Independent Reserve dan Coinhako, dan menyusuli lesen MPI yang diperoleh syarikat Upbit.

Kelulusan tersebut membolehkan OKX menyediakan khidmat token pembayaran digital dan pemindahan wang rentas sempadan di Singapura, lapor The Business Times (BT).

Singapura menjadi keutamaan bagi OKX sebagai sebahagian strategi syarikat itu di peringkat sedunia, menurut presiden OKX, Cik Hong Fang.

Syarikat tersebut telah melabur di Singapura sejak sekian lama, tambahnya.

OKX mengutamakan pematuhan kawal selia dan komited mengadakan hubungan yang telus dengan MAS.

“Kelulusan secara prinsip daripada MAS ini bukan sahaja mengesahkan komitmen kami setakat ini, malah merupakan peluang menarik untuk kami terus menjadi penyumbang bertanggungjawab kepada ekosistem kripto Singapura,” kata Cik Hong.

Berikutan kelulusan itu, OKX akan memberi tumpuan kepada produk dagangan semerta kripto (spot crypto product) untuk mengembangkan tawarannya.

Ia juga akan berusaha membawa hubungan perbankan tempatan kepada pelanggan di sini.

Pada Jun 2023, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa MAS menerima lebih 680 permohonan bagi lesen perkhidmatan pembayaran sejak Januari 2020.

Hampir 150 permohonan diluluskan sehingga 31 Mei 2023.

Sehingga Jun 2023, terdapat 190 institusi pembayaran utama di sini, yang menjalankan aktiviti seperti pemindahan wang domestik dan rentas sempadan, pemerolehan pedagang dan khidmat token pembayaran digital, menurut laporan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg