Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma pertukaran kripto perluas pasukan di S’pura

Mar 19, 2024 | 04:09 PM



Syarikat pertukaran kripto, Tokenize Xchange, akan menambahkan bilangan kakitangannya di Singapura sebanyak lima kali ganda, selepas ia memperoleh dana tambahan sebanyak AS$11.5 juta ($15.4 juta).

Syarikat mata wang kripto yang beribu pejabat di Singapura itu menyatakan ia merancang untuk mengembangkan pasukannya di Singapura daripada 20 sekarang kepada 100 kakitangan dalam masa 18 bulan akan datang, lapor The Straits Times (ST).


Sekitar satu perempat daripada pekerja baru itu akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pematuhan dan operasi, menurut syarikat itu.

Langkah tersebut, katanya, mencerminkan komitmen terhadap pematuhan kawal selia, sedang pelbagai pengawal selia di seluruh dunia mengambil langkah memperketatkan peraturan bagi sektor tersebut.

Tokenize menyatakan ia memperoleh AS$11.5 juta dalam pembiayaan Siri A, Fasa 2 daripada sebuah firma penyedia modal tempatan, Trive, dan beberapa individu bernilai tinggi.

Pembiayaan dana Siri A merujuk kepada pusingan pertama pembiayaan dana daripada penyedia modal dan pelabur budiman bagi sesebuah syarikat baru.

Pelaburan terbaru itu menjadikan jumlah dana Siri A yang terkumpul mencapai AS$23 juta, lebih separuh daripada matlamat syarikat itu untuk menarik dana sebanyak AS$33 juta menjelang akhir 2024.

Trive, yang melabur dalam syarikat pemula teknologi dengan prospek pertumbuhan tinggi, sebelum ini mengetuai fasa pertama pembiayaan Siri A syarikat itu, dengan pelaburan AS$11.5 juta pada 2022.

Tokenize menyatakan pengembangannya akan membantu syarikat itu menyesuaikan diri dengan rangka kerja kawal selia yang kompleks di seluruh Asia Tenggara.

Syarikat tersebut telah memohon lesen bagi khidmat token pembayaran digital di Singapura.

Ia kini dibenarkan beroperasi di bawah satu pengecualian sementara permohonannya diproses oleh pihak berkuasa.

Ia adalah antara tiga pengendali Pertukaran Aset Digital (DAX)  pertama yang menerima kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada April 2020, dan merupakan syarikat pertukaran aset digital kedua terbesar di Malaysia.

Usaha mengumpul dana itu diadakan semasa pasaran kripto kini bangkit daripada penjualan besar-besaran saham berkaitan kripto pada 2022 dan 2023, menyusuli keruntuhan pemain terkemuka seperti firma pertukaran kripto Amerika Syarikat, FTX, dan dana lindung nilai kripto, Three Arrows Capital.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tokenize, Encik Hong Qi Yu, berkata pasaran kripto kini mula meningkat sedang harga Bitcoin memuncak minggu lalu, memberi syarikat itu peluang baik untuk mengembangkan pasukan secara beransur-ansur.

Harga Bitcoin melebihi AS$71,000 buat kali pertama sekitar seminggu lalu.

Sentimen bertambah baik terhadap mata wang kripto dirangsang oleh pelancaran dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin di Amerika sejak beberapa bulan lalu, dengan pelabur mencurahkan berbilion dolar dan merancakkan pasaran kripto.

Diasaskan pada 2017, Tokenize mempunyai operasi di pasaran utama Asia termasuk Singapura, Malaysia dan Vietnam, dan memberi khidmat kepada pelabur individu dan institusi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >