Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma S’pura kerjasama dengan FarmByte M’sia tubuh pertanian vertikal di JB

Dec 1, 2023 | 12:24 PM
PERJANJIAN BARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FarmByte, Encik Aiman Syed Jaafar (dua dari kiri), dan CEO Archisen ,Encik Vincent Wei (dua dari kanan), dalam proses memuktamadkan butiran usaha sama dan menyasarkan untuk memulakan kerjasama kedua-dua syarikat menjelang suku pertama 2024.
PERJANJIAN BARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FarmByte, Encik Aiman Syed Jaafar (dua dari kiri), dan CEO Archisen ,Encik Vincent Wei (dua dari kanan), dalam proses memuktamadkan butiran usaha sama dan menyasarkan untuk memulakan kerjasama kedua-dua syarikat menjelang suku pertama 2024. - Foto FARMBYTE

Pelanggan dari Singapura dan Malaysia tidak lama lagi akan dapat menikmati sayur-sayuran segar yang dihasilkan secara pertanian vertikal atau vertical farming di Johor Bahru yang menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat agritech Singapura, Archisen.

Impian ini bakal tercapai selepas satu perjanjian ditandatangani baru-baru ini oleh Archisen dan FarmByte, sebuah syarikat pertanian makanan Malaysia di bawah Johor Corporation Group (JCorp), untuk menubuhkan pertanian vertikal dalaman automatik di Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FarmByte, Encik Aiman Syed Jaafar, memberitahu The Business Times bahawa kedua-dua syarikat sedang dalam proses memuktamadkan butiran dan menyasarkan untuk memulakan kerja menjelang suku pertama 2024.

“Kami menyasarkan untuk meletakkan hasil segar di rak pasar raya Singapura menjelang akhir 2024,” katanya.

Beliau menambah bahawa produk pertama yang akan dihantar dari pertanian vertikal seluas 50,000 kaki persegi itu adalah sayuran berdaun premium untuk salad.

Di bawah usaha sama (JV) itu, FarmByte akan melabur RM8.2 juta ($2.3 juta) ke dalam Archisen untuk menubuhkan ladang dalaman yang akhirnya akan membekalkan sayur-sayuran kepada kedua-dua negara.

FarmByte akan menyediakan infrastruktur pertanian dan cerapan pasaran tempatan, manakala Archisen akan membekalkan pengetahuan teknikal tentang amalan pertanian dalaman, termasuk penggunaan sistem automatik dan analisis data.

Encik Aiman menambah bahawa Archisen juga akan menjalankan latihan untuk pekerja FarmByte.

FarmByte, yang ditubuhkan pada awal 2023 oleh institusi pembangunan milik kerajaan JCorp, diwujudkan untuk meningkatkan usaha keselamatan makanan Johor. Ini termasuk menyepadukan teknologi ke dalam ekosistem pengeluaran makanan pertanian dan meningkatkan taraf hidup petani.

CEO Archisen, Encik Vincent Wei, berkata JV dengan FarmByte adalah penting kerana ia menandakan usaha pertama syarikatnya yang berusia lapan tahun di Malaysia.

“Malaysia sememangnya salah satu daripada pasaran yang kami cari untuk berkembang tahun depan, memandangkan bagaimana kedua-dua negara amat mengambil berat tentang keselamatan makanan.

“Kami sedang dalam usaha untuk memperkenalkan rangkaian keluaran dan produk komersial kami ke Malaysia, mungkin sekitar suku keempat tahun depan,” kata Encik Wei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg