Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma S’pura disiasat gagal bayar pelabur mata wang kripto

Mar 24, 2024 | 03:54 PM



Sebuah firma berdaftar Singapura sedang disiasat selepas didakwa gagal membayar pelabur yang menyertai skim pelaburan mata wang kriptonya.

Aduan terhadap InvesableAI telah dibuat dengan polis Singapura, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), menurut laporan The Straits Times.

Ditubuhkan di Republik pada 19 Jun 2023, InvesableAI dipercayai telah menjanjikan pelabur pulangan cepat ke atas pelaburan mata wang kripto yang berasaskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pengasasnya mendakwa telah mendapatkan lesen daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan, di laman web firma itu yang kini tidak berfungsi, berkata ia adalah perniagaan yang boleh dipercayai kerana “kami adalah syarikat berdaftar”, dengan halaman web berasingan menunjukkan alamatnya di Singapura.

Ia adalah syarikat yang masih beroperasi, menurut rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).

Semakan di Acra mengenai rekod InvesableAI mendedahkan beberapa percanggahan, termasuk alamat berdaftar syarikat, kewarga negaraan dan alamat pengarah asing, dan identiti pengarah Singapura.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap Acra berkata: “Acra tidak dapat mengulas kerana siasatan masih berterusan.”

Sementara itu, FBI dan SEC berkata mereka tidak dapat mengesahkan atau menafikan bahawa mereka sedang menyiasat perkara itu.

Lebih 4,000 orang dipercayai telah melabur wang dalam InvesableAI.

Tidak jelas jumlah keseluruhan pelaburan yang terjejas tetapi sekumpulan 150 pelabur mendakwa kerugian sekitar AS$1.5 juta (S$2 juta).

Seorang wanita berusia 46 tahun, berkata beliau mempercayai firma itu kerana ia menjanjikan ketelusan, akses untuk pelaburan dan didaftarkan di Singapura. .

Wanita warga Amerika itu melabur lebih AS$15,000 pada 13 Julai 2023, tetapi dua bulan kemudian, firma itu memaklumkannya dan pelabur lain bahawa pengeluaran akan digantung “sementara”.

Dalam e-mel kepada para pelabur pada 17 September, firma itu berkata terdapat turun naik yang melampau dalam pasaran mata wang kripto, dan meminta 40 hari untuk memulihkan kerugian.

Ia juga menawarkan bayaran balik dalam masa seminggu kepada mereka yang menginginkannya.

E-mel itu ditandatangani oleh Encik Lee Dalton, yang dikenal pasti di laman web firma itu sebagai pengasas dan ketua eksekutifnya.

Namun, enam bulan kemudian, pelabur berkata mereka masih belum mendapatkan kembali wang mereka.

Rekod transaksi lebih sedozen pelabur menunjukkan ada yang berjaya membuat pengeluaran antara AS$25 hingga hampir AS$25,000 sehingga September 2023.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pelabur telah mendapatkan semula pelaburan asal mereka, yang berkisar dari AS$500 hingga lebih AS$50,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >