Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mangsa hilang $1.2 juta kepada perkhidmatan pemulihan dana penipuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa hilang $1.2 juta kepada perkhidmatan pemulihan dana penipuan

Feb 29, 2024 | 04:34 PM



Orang ramai harus berhati-hati dengan penipuan perkhidmatan pemulihan dana yang mendakwa menawarkan bantuan bagi membayar balik kerugian daripada aktiviti penipuan sebelum ini, nasihat pihak polis.

Sejak awal 2024, mangsa penipuan sedemikian dalam sekurang-kurangnya 29 kes telah menghadapi kerugian lebih $1.2 juta secara kolektif, menurut kenyataan polis pada 29 Februari.

Penipu lazimnya menyamar sebagai firma guaman atau syarikat perkhidmatan kewangan dan menghubungi mangsa melalui panggilan, mesej atau e-mel, lapor The Straits Times (ST).


Mereka menawarkan bantuan untuk memulihkan dana yang hilang akibat penipuan atau pelaburan yang gagal.

Sesetengah mangsa menemui perkhidmatan sedemikian yang diiklankan dalam talian, seperti di Facebook, dan menghubungi penipu itu sendiri.

Mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan untuk prosedur pentadbiran melalui pemindahan bank, mata wang kripto atau kredit maya.

Sesetengah mangsa ditipu supaya memberikan maklumat peribadi perbankan, butiran kad debit atau kredit, atau kata laluan sekali sahaja (OTP).

Sebagai alternatif, mereka diarahkan supaya memuat turun perisian akses luaran seperti AnyDesk, yang memberikan penipu akses kepada peranti dan akaun bank mereka.

Dalam kes yang dilaporkan, mangsa menyedari mereka ditipu apabila dana tidak dikembalikan seperti yang dijanji, penipu tidak dapat dihubungi lagi, atau selepas mereka menyemak dengan sumber rasmi seperti bank atau polis.

Polis menasihatkan orang ramai agar menyemak sama ada firma guaman berdaftar dengan Penguatkuasaan Kawal Selia Perkhidmatan Perundangan (LSRA) melalui direktori LSRA.

Langkah berjaga-jaga tambahan termasuk memuat turun aplikasi ScamShield pada peranti mudah alih bagi menyekat panggilan dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penipuan, menyemak tanda penipuan dan menyemak dengan sumber rasmi, serta memberitahu pihak berkuasa, keluarga dan rakan tentang kemungkinan penipuan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah tersebut atau berasa ragu boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau menyerahkan maklumat dalam talian diwww.police.gov.sg/iwitness.

Untuk bantuan polis segera, hubungi 999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >