Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaji Leng Beng, Sherman dari CDL berkurang dek perselisihan

Apr 9, 2025 | 4:02 PM
Perselisihan terbuka antara Pengerusi Eksekutif City Developments Limited (CDL), Encik Kwek Leng Beng (kanan), dan anaknya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CDL, Encik Sherman Kwek, menyebabkan harga saham pemaju hartanah itu susut.
Perselisihan terbuka antara Pengerusi Eksekutif City Developments Limited (CDL), Encik Kwek Leng Beng (kanan), dan anaknya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CDL, Encik Sherman Kwek, menyebabkan harga saham pemaju hartanah itu susut. - Foto CDL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) City Developments Limited (CDL) dan bapanya menerima gaji keseluruhan lebih rendah pada 2024, berikutan perselisihan di kalangan ahli lembaga pengarah yang menyebabkan penurunan harga saham pemaju hartanah tersebut.

CEO Kumpulan CDL, Encik Sherman Kwek, secara sukarela memilih untuk tidak menerima geran insentif jangka panjang sebanyak $1.35 juta untuk 2024, menjadikan jumlah gaji keseluruhannya bagi 2024 sebanyak $2.97 juta. 

Jumlah gaji ini kurang 15.4 peratus berbanding $3.52 juta yang diterima pada 2023, menurut laporan tahunan CDL 2024 yang dikeluarkan pada 8 April.

Gaji tetapnya merangkumi 33.3 peratus daripada jumlah keseluruhan gajinya, manakala insentif jangka pendek menyumbang 59.6 peratus.

Bayaran sebagai ahli lembaga dan jawatankuasa pula menyumbang 4.2 peratus, dan jumlah baki terdiri daripada manfaat lain.

Bapanya, yang merupakan Pengerusi Eksekutif CDL, Encik Kwek Leng Beng, menerima jumlah gaji keseluruhan sebanyak $5.97 juta bagi 2024 – kurang 13.6 peratus berbanding $6.91 juta pada 2023.

Jumlah gaji keseluruhan mereka berkurang selepas keuntungan bersih CDL bagi 2024 jatuh kepada $201.3 juta berbanding $317.3 juta yang diperoleh pada 2023, manakala pendapatan CDL merosot kepada $3.3 bilion pada 2024, berbanding $4.9 bilion pada 2023.

Pada awal 2025, Encik Kwek Leng Beng dan Encik Sherman Kwek terlibat dalam satu perselisihan yang menyaksikan jutawan itu menuduh anaknya merancang satu rampasan kuasa untuk menggulingkannya.

Encik Sherman Kwek menafikan tuduhan itu, lapor The Straits Times (ST).

Sebaliknya, Encik Sherman Kwek menyalahkan pasangan bapanya, Dr Catherine Wu, sebagai punca perselisihan antara mereka.

Dr Wu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah di Millennium & Copthorne Hotels (M&C), cabang perhotelan dalam empayar perniagaan Encik Kwek Leng Beng.

Perkhidmatan Dr Wu ditamatkan pada Januari 2024, namun kembali ke lembaga pengarah M&C sebagai penasihat pada Ogos 2024.

Pada awal Mac 2025, Dr Wu meletakkan jawatan sebagai penasihat tanpa gaji kepada M&C.

Perselisihan yang diketahui umum itu memberi kesan kepada saham CDL, yang jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 tahun iaitu $4.34 pada sekitar 3 petang, 9 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg