Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gaji sebenar 2023 berkurang bagi pekerja gaji rendah, median dek inflasi

Ini walaupun gaji nominal bertambah: MOM
Nov 30, 2023 | 06:13 PM



Persekitaran ekonomi yang lemah dan kadar inflasi yang meningkat telah mengakibatkan gaji sebenar di Singapura merosot.

Walaupun gaji nominal meningkat pada 2023, selepas mengambil kira inflasi, gaji sebenar merosot bagi pekerja dalam paras gaji persentil ke-20 (P20) dan pekerja bergaji median.

Demikian menurut data awal tenaga buruh yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis.

Pekerja P20 menyaksikan gaji sebenar mereka merosot 3 peratus tahun ke tahun, manakala pekerja bergaji median menyaksikan gaji mereka berkuragan 2.3 peratus.

Bagaimanapun, trend sepanjang sedekad lalu menunjukkan pertumbuhan gaji sebenar yang positif, dengan jurang antara pekerja bergaji rendah dan pekerja bergaji median semakin rapat.

MOM menjangka peningkatan dalam pertumbuhan gaji sebenar pada 2024 dengan jangkaan inflasi bertambah baik.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan kadar penggajian bagi penduduk berusia 15 tahun dan ke atas merosot sedikit daripada 67.5 peratus pada 2022 kepada 66.2 peratus pada 2023.

Namun, Singapura kekal berada di tangga keempat dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) bagi kadar penggajian itu, mencerminkan pasaran buruh yang berdaya tahan, ujar MOM.

“Hasil usaha rakan kongsi tiga pihak meningkatkan kebolehpasaran pekerja lebih tua dan menggalak wanita kembali menyertai tenaga buruh, Singapura secara konsisten mengekalkan kedudukan tinggi dalam kadar penggajian sepanjang dekad,” kata MOM.

Kadar pengangguran bertambah baik merentas semua kumpulan pekerjaan, dengan kadar bagi pekerjaan bukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) merosot lebih ketara, daripada 4.4 peratus pada 2022 kepada 3.6 peratus pada 2023

Ini berbanding PMET, yang kadar penganggurannya turun daripada 2.6 peratus kepada 2.4 peratus.

Kadar pengangguran jangka panjang juga menunjukkan penurunan bagi kedua-dua kumpulan. Ia jatuh lebih banyak bagi bukan PMET (daripada 0.7 peratus kepada 0.5 peratus) berbanding PMET (daripada 0.5 peratus kepada 0.4 peratus).

Kadar guna tenaga tidak penuh (underemployment), yang mengukur peratusan pekerja yang bekerja kurang 35 jam seminggu, tetapi sanggup dan sedia ada untuk bekerja lebih masa, turun daripada 3.0 peratus pada 2022 kepada 2.3 peratus pada 2023, terendah dalam lebih sedekad.

Di samping itu, peratusan pekerja dalam pekerjaan tetap meningkat kepada 90.5 peratus, tertinggi sejak 2016.

MOM akui akan cabaran ekonomi yang berterusan dan menekankan kepentingan majikan dan pekerja menggunakan program yang ada untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan.

“Kegawatan ekonomi akan terus menjejaskan pasaran buruh pada masa hadapan.

“Pemerintah menggalak majikan dan pekerja menggunakan sepenuhnya program yang ada untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

“Kami menggalak majikan meneruskan transformasi perniagaan dan melengkapkan pekerja mereka bagi peranan pekerjaan yang diperluas atau direka bentuk semula. 

“Kami menggalak pekerja terus meningkatkan kemahiran, dan terbuka kepada peluang baru,” tambah MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >