Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BERITA

Tangga gaji pegawai keselamatan disemak, lebih tinggi mulai 1 Jan 2024

Nov 29, 2023 | 06:50 PM



Pegawai keselamatan dari sumber luar mahupun yang digaji sendiri oleh sesebuah syarikat boleh menjangkakan kenaikan gaji mulai 1 Januari.

Ini selepas pemerintah meluluskan saranan daripada Kelompok Tiga Pihak bagi Keselamatan (STC) untuk pelan tangga kenaikan gaji sepanjang tempoh dua tahun bagi golongan pekerja tersebut hingga 31 Disember 2025.

Dalam satu kenyataan bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), langkah itu adalah sebahagian syarat tambahan kepada laporan STC bagi Model Gaji Progresif (PWM) yang bermatlamat mempertingkat taraf hidup sekitar 2,200 pekerja berpendapatan rendah sepenuh masa dalam sektor keselamatan dalaman.

Di bawah jadual kenaikan gaji yang disemak itu, pegawai keselamatan sumber dalaman akan melihat gaji mereka naik kepada $2,175 pada 2024 dan kemudian $2,315 pada 2025 – mencatatkan peningkatan 6.4 peratus.

Pegawai keselamatan kanan dan penyelia keselamatan juga akan meraih manfaat daripada perubahan gaji itu dengan menyaksikan kenaikan 5.9 peratus dan 5.4 peratus masing-masing.

Pekerja berpangkat pegawai keselamatan kanan akan melihat gaji mereka naik kepada $2,375 pada 2024 dan $2,515 pada 2025.

Sementara penyelia keselamatan bakal digajikan $2,605 pada 2024 dan $2,745 pada 2025.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi pekerja yang menyandang jawatan Penyelia Keselamatan Kanan.

MHA dan MOM berkata, STC menyarankan agar gaji golongan pekerja tersebut ditetapkan menerusi kuasa pasaran kerana taraf gaji bagi pekerjaan itu secara amnya berada di atas persentil gaji terendah yang ke-20.

Selain perubahan terhadap jadual naik gaji pegawai keselamatan dalaman sepenuh masa, STC juga menyarankan satu jadual naik gaji yang berasingan bagi pekerja keselamatan yang digajikan sumber luar.

Menurut kenyataan itu, selepas berunding bersama industri keselamatan, STC telah menyarankan tangga gaji berasingan itu bagi “menimbangkan dengan lebih baik perbezaan dari segi waktu bertugas dan struktur pampasan” antara kedua-dua golongan pekerja itu.

“STC telah menyarankan kadar berdasarkan setiap jam bagi pekerja keselamatan dari sumber luar agar ia memberi penerangan terhadap kerja sambilan serta aturan pekerjaan ad-hoc (tertentu),” tulis kenyataan itu lagi.

Mulai 1 Januari 2024, pegawai keselamatan dari sumber luar akan meraih kadar gaji $10.10 sejam yang akan naik kepada $10.95 pada 2025.

MHA dan MOM berkata, STC akan menjalankan semakan lanjut bagi model PWM sektor keselamatan agar model tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menyokong tenaga kerja sektor itu.

Inisiatif itu adalah sejajar garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan bagi 2023/2024, lantas menekankan kepentingan mencapai keseimbangan dari segi pengekalan perniagaan dan peningkatan gaji yang bermanfaat bagi pekerja berpendapatan rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >