Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Giant akan serap kenaikan GST 700 barangan keperluan

Dec 27, 2023 | 6:00 PM
RINGANKAN KOS SARA HIDUP: Rangkaian pasar raya Giant akan menyerap kenaikan 1 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi 700 barangan keperluan harian selama enam bulan dari Januari hingga Jun 2024.
RINGANKAN KOS SARA HIDUP: Rangkaian pasar raya Giant akan menyerap kenaikan 1 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi 700 barangan keperluan harian selama enam bulan dari Januari hingga Jun 2024. - Foto ST

Pasar raya Giant akan menyertai beberapa rangkaian pasar raya yang menyerap kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2024.

Selama enam bulan dari Januari hingga Jun 2024, rangkaian pasar raya Giant akan menyerap kenaikan 1 peratus GST bagi 700 barangan keperluan harian.

Ia merangkumi seluruh kategori utama, termasuk makanan segar, produk penjagaan diri dan barangan keperluan rumah.

Mengumumkan inisiatif diskaun itu pada 26 Disember, Kumpulan Runcit DFI, yang mengurus Giant, menjelaskan langkah itu bertujuan membantu rakyat Singapura mengurangkan kesan inflasi dan kos sara hidup yang meningkat, lapor The Straits Times (ST).

Di samping itu, Giant juga akan menawarkan diskaun 4 peratus setiap Selasa untuk warga emas, bagi meringankan lagi kos sara hidup yang kian meningkat bagi golongan tersebut.

Diskaun tersebut boleh dinikmati sepanjang 2024, menurut kumpulan itu.

Sebelum ini, rangkaian pasar raya FairPrice dan Sheng Siong telah mengumumkan skim serupa untuk menyerap kenaikan GST bagi pelanggan mereka.

Berkuat kuasa 1 Januari 2024, kadar GST akan dinaikkan daripada 8 peratus kini kepada 9 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg