Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

GIC catat pulangan sebenar kukuh melebihi kadar inflasi

Akan ganda pelaburan beri pulangan jangka panjang dan stabil, rebut peluang baru bidang kemampanan
Jul 26, 2023 | 01:09 PM



Dana pelaburan milik negara GIC, salah satu daripada tiga entiti yang menyumbang kepada rizab Singapura, mencatatkan pulangan berdaya tahan – yang tertinggi dalam lapan tahun – walaupun mengalami pasaran mencabar akibat ketidaktentuan sejagat dan inflasi berterusan.

Menurut GIC, ia akan menggandakan pelaburan yang memberi pulangan jangka panjang stabil seperti hartanah dan prasarana, sedang ia juga berusaha merebut peluang baru dalam bidang kemampanan.

GIC melaporkan dalam satu kenyataannya pada Rabu bahawa ia mencatatkan kadar pulangan sebenar tahunan sepanjang 20 tahun sebanyak 4.6 peratus bagi tempoh berakhir 31 Mac, selepas menghapuskan hitungan inflasi sejagat.

Ini bermakna sepanjang 20 tahun lalu, dari April 2003 hingga Mac 2023, GIC mencatatkan pulangan tahunan purata sebanyak 4.6 peratus – melebihi kadar inflasi sejagat, sejajar dengan mandatnya.

Dalam melakukan pengiraannya, GIC menggunakan purata berwajaran inflasi dalam pasaran berbeza.

Kadar pulangan sebenar 20 tahun, yang menilai hasil sepanjang 20 tahun, adalah kiraan metrik utama bagi menilai prestasi pelaburan GIC.

Angka terkini itu lebih baik daripada pulangan tahunan 4.2 peratus pada tahun kewangan sebelumnya.

Kadar nominal tahunan bagi dolar Amerika untuk portfolio GIC ialah 6.9 peratus bagi tempoh 20 tahun lalu.

Ketua Eksekutif GIC, Encik Lim Chow Kiat, berkata dalam satu taklimat pada Selasa bahawa hasil lebih tinggi itu dicapai kerana “ada satu tahun yang lemah yang sudah terkeluar”, dan ini membantu.

Beliau berkata keutamaan dana itu ialah meningkatkan daya tahan “untuk melindungi portfolio kami daripada inflasi”, maka GIC memberi tumpuan kepada sektor prasarana dan hartanah.

Dr Jeffrey Jaensubhakij, ketua pegawai pelaburan kumpulan itu, berkata prasarana adalah bahagian yang dilindungi daripada inflasi kerana sewa atau pendapatan boleh meningkat sekalipun inflasi meningkat.

“Bagi kebanyakan pelaburan dana dalam prasarana, barisan teratas berkembang pada kadar secepat atau lebih cepat daripada kos,” kata Encik Ang Eng Seng, ketua pegawai pelaburan bagi prasarana.

“Ironinya, dalam persekitaran inflasi yang lebih tinggi, pulangan nominal boleh meningkat lebih tinggi,” ujar Encik Ang.

Strategi ini dicerminkan dalam campuran aset GIC. Saham dalam kategori hartanah, yang termasuk pelaburan prasarana, dalam portfolio GIC meningkat 13 peratus pada tahun kewangan ini, daripada 10 peratus setahun lalu, manakala bahagian ekuiti pasaran memuncul meningkat kepada 17 peratus daripada 16 peratus.

Pegangan GIC dalam bon nominal dan wang tunai turun kepada 34 peratus daripada portoflionya, daripada 37 peratus setahun lalu.

Amerika Syarikat terus membentuk bahagian besar daripada portfolio GIC, iaitu sebanyak 38 peratus. Ini disusuli oleh Asia, tidak termasuk Jepun, yang sebanyak 23 peratus.

GIC juga sedang memasuki peluang pelaburan berkaitan kemampanan dengan mencipta pasukan khusus dalam kalangan kelas aset.

Ini termasuk peluang yang wujud dalam portfolio perubahan iklim dalam ekuiti awam yang akan menggunakan lebih banyak modal ke arah menangani permasalahan dan penyesuaian iklim.

Ini selain kumpulan penyelesaian kemampanan dalam ekuiti swasta untuk meningkatkan pelaburan dalam peralihan tenaga peringkat awal, dan kumpulan peralihan dan kewangan mampan dalam pendapatan tetap dan pelbagai aset yang akan melabur dalam bidang seperti penyahkarbon dan peralihan kelabu ke hijau.

“Kami melihat peluang yang semakin meluas dalam ruang peralihan hijau, dan yakin bahawa pasukan baru, serta semua pasukan pelaburan lain, akan menyepadukan lagi faktor kemampanan ke dalam pelaburan dan proses korporat GIC,” kata Encik Lim.

Memandang ke hadapan, beliau memberitahu media beberapa cabaran masih kekal, termasuk paras ketidaktentuan tinggi serta paras kadar faedah tinggi dari segi struktur yang tidak sesuai untuk pulangan atau penilaian kewangan.

Dalam persekitaran sukar, kadangkala ada peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pelabur jangka panjang seperti dana ini, kata Encik Lim, sambil menambah bahawa GIC akan meneruskan langkahnya dengan berhati-hati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >