Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS catat kerugian $30.8 bilion dalam usaha perangi inflasi

MAS jangka inflasi Singapura akan berkurang jelang akhir tahun; inflasi teras dijangka susut lebih rendah
Jul 05, 2023 | 06:30 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatat kerugian bersih $30.8 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dalam usahanya untuk memerangi inflasi.

Ini merupakan kerugian terbesar yang pernah dicatatkan MAS, kata pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon, semasa sidang akhbar pada Rabu di Bangunan MAS.

Kerugian itu disebabkan kesan pertukaran mata wang negatif daripada dolar Singapura yang lebih kukuh, dan perbelanjaan faedah yang tinggi untuk menampung lebihan mudah tunai dalam sistem perbankan.

Walaupun demikian, Encik Menon berkata kerugian itu tidak akan menjejas keupayaan pemerintah untuk membelanjakan sehingga 50 peratus daripada jangkaan pulangan sebenar jangka panjang ke atas aset bersih yang dilabur MAS.

Dalam pada itu, MAS juga dapat memindahkan lebihan $191 bilion rizab asing rasmi (OFR) kepada pemerintah.

“Kerugian itu tidak menjejas keupayaan MAS menjalankan fungsinya. Lebih penting lagi, ia tidak mengubah cara kita menjalankan dasar kewangan,” tambahnya.

Kira-kira 70 peratus daripada kerugian bersih atau $21.4 bilion disebabkan oleh kesan pertukaran mata wang negatif daripada dolar Singapura yang lebih kukuh, yang meningkat dengan ketara semasa tahun kewangan 2022/2023 apabila MAS mengetatkan dasar kewangan untuk meredakan tekanan inflasi.

MAS mengetatkan dasar kadar pertukaran tiga kali pada tahun kewangan 2022/2023 di tengah-tengah peningkatan inflasi.

Baki 30 peratus kerugian, yang menyumbang kira-kira $9 bilion, disebabkan perbelanjaan faedah bersih daripada operasi pasaran wang MAS untuk menampung lebihan mudah tunai dalam sistem perbankan.

Walaupun mengalami kerugian, Encik Menon menekankan bahawa “prestasi pelaburan MAS perlu dilihat dari perspektif jangka panjang”.

Pada tahun kewangan 2022/2023, MAS memindahkan sejumlah $191 bilion OFR kepada pemerintah dan masih mempunyai OFR berjumlah $441 bilion dolar pada akhir Mei 2023.

“Ini adalah lebih dua pertiga daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), jauh lebih tinggi daripada negara-negara lain,” tambahnya.

Dua tahun berturut-turut MAS mencatatkan kerugian bersih, berikutan kerugian bersih sebanyak $7.4 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021/2022.

Pada tahun ini, ia tidak membuat sumbangan kepada Dana Tergabung Singapura atau mengembalikan keuntungan kepada pemerintah, tetapi akan membuat sumbangan $0.4 bilion berdasarkan keuntungan lepas.

MAS juga menaikkan modal yang ditawarkan dan modal dibayar sebanyak $25 bilion kepada $50 bilion, sebagai langkah konservatif untuk memastikan ia kekal bermodal baik berbanding asetnya.

Semasa sidang akhbar itu, Encik Menon turut berkongsi bahawa prospek pertumbuhan di Singapura telah malap, dan ekonomi akan bergerak di bawah kapasiti asasnya.

“Ekonomi Singapura hampir dekat dengan kemelesetan teknikal, dengan pertumbuhan berurutan pada suku keempat 2022 pada 0.1 peratus dan pada suku pertama 2023 pada -0.4 peratus.

“Dua enjin pertumbuhan ekonomi dalam tempoh tiga tahun lepas – pengilangan dan perkhidmatan kewangan – telah terhenti dalam suku baru-baru ini,” tambahnya.

Walaupun begitu, Encik Menon berkata Singapura boleh menjangkakan inflasi turun menjelang akhir tahun dan inflasi teras dijangka berakhir dengan ketara lebih rendah, pada 2.5-3.0 peratus tahun ke tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >