Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab lancar Program Wanita, perkenal ciri ambil penumpang wanita sahaja

Mar 07, 2024 | 03:55 PM



Syarikat teknologi Grab melancarkan satu Program Wanita di Singapura sempena Hari Wanita Antarabangsa, merangkumi pelbagai daya usaha terkini untuk menggalak kaum Hawa menyertai platform mereka untuk memperoleh mata pencarian.

Antaranya, syarikat itu sedang menguji satu ciri baru pada aplikasinya yang membolehkan pemandu kereta sewa swasta wanita menunjukkan pilihan mereka untuk mengambil hanya penumpang wanita.

Apabila ciri itu diaktifkan, ia akan meningkatkan peluang bagi pemandu wanita dipadankan dengan penumpang wanita.

Grab dalam kenyataannya menyatakan ciri itu “menawarkan lapisan keselamatan tambahan pada platform itu, sementara menyediakan pilihan kepada rakan pemandu dan pengguna wanita yang rasa lebih selesa memandu atau menaiki kereta dengan rakan wanita mereka”.

Daya usaha lain di bawah program baru itu termasuk memperkenalkan kumpulan masyarakat khusus untuk wanita sahaja dan program pementoran serta latihan untuk pemandu wanitanya.

Daya usaha baru tersebut diumumkan semasa Majlis Penghargaan Rakan Wanita Grab yang diadakan pada 6 Mac.

Pengarah urusan Grab Singapore, Encik Yee Wee Tang, berkata masyarakat pemandu dan pekerja penghantaran mereka masih dikuasai kaum Adam dan pihak mereka menyedari keperluan melakukan lebih banyak lagi untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam platform itu.

“Program Wanita baru kami bertujuan memperkasa wanita melakukan kerja platform dengan menangani keprihatinan unik mereka mengenai keselamatan dan melenyapkan tanggapan bahawa tugas memandu tidak sesuai untuk mereka.

“Dengan memanfaatkan teknologi dan memanfaatkan masyarakat rakan wanita yang sedia ada, kami berharap rakan wanita akan rasa lebih disokong dan yakin untuk menyertai kami,” kata beliau.

Berdasarkan tinjauan dan perbincangan yang dijalankan, Grab berkata ia mendapati bahawa wanita biasanya enggan menyertai platform mereka disebabkan keprihatinan mengenai isu keselamatan dan tanggapan bahawa kerja memandu dan penghantaran tidak sesuai buat mereka.

Antara sebab lain yang menghalang mereka melakukan kerja platform termasuk keperluan menangani jenis pengguna yang berbeza, keperluan memiliki ilmu digital untuk menggunakan aplikasi dengan berkesan atau tiada keupayaan mengendalikan situasi tidak dijangka seperti kenderaan rosak.

Justeru, untuk menyokong golongan wanita mengatasi halangan tersebut, Grab memperkenal daya usaha yang bertujuan melengkapi mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

Ini termasuk menubuhkan masyarakat dalam talian khusus buat wanita sahaja bagi pemandu wanita berhubung dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Selain itu, sesi perkongsian bulanan akan diadakan untuk memberi maklumat tentang perkembangan Grab yang terkini.

Grab juga akan melancarkan satu modul latihan pada Mac bagi melengkapi pemandu dan pekerja penghantaran wanita dengan kemahiran menangani situasi mencabar dan cara menggunakan ciri-ciri keselamatan Grab secara berkesan.

Program Pemadanan (Co-pilot) Wanita mereka juga akan diperluaskan agar lebih ramai pemandu wanita baru dipadankan dengan rakan pemandu yang berpengalaman.

Pemandu berpengalaman itu akan membantu mereka membiasakan diri menggunakan aplikasi, berkongsi panduan dalam menangani situasi mencabar semasa di jalan raya dan cara merebut peluang ketika terdapat permintaan tinggi.

Grab juga akan meneliti usaha menawarkan faedah yang memenuhi keperluan pemandu dan pekerja penghantaran wanita, seperti pemeriksaan penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >