Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Program sokongan baru untuk SME milik usahawan wanita

Mar 05, 2024 | 02:16 PM



OCBC Bank akan melancarkan satu program syarikat kecil dan sederhana (SME) baru di Singapura pada April 2024 untuk menyokong usahawan wanita dalam memenuhi aspirasi perniagaan mereka – program pertama khusus untuk wanita oleh sebuah bank di sini.

Syarikat pemula atau start-up yang diasaskan wanita boleh mendapatkan pembiayaan sehingga $100,000 dalam tempoh dua tahun pertama penubuhan di bawah Program Usahawan Wanita OCBC itu.


Bayaran pemprosesan bagi pinjaman sedemikian akan ditiadakan.

Ini akan membolehkan SME yang dimiliki usahawan wanita mendapatkan pembiayaan bagi mempercepatkan rancangan perniagaan mereka.

OCBC dalam satu kenyataannya berkata walaupun kemajuan baik telah dapat dicapai dalam menangani kepelbagaian jantina dan keterangkuman dalam perniagaan dan tempat kerja, ramai usahawan wanita terus menghadapi cabaran dalam menubuh dan mengembangkan perniagaan mereka.

Oleh itu, langkah mewujudkan program baru itu untuk menyokong usahawan wanita di sini adalah penting.

Ketua Perbankan Komersial Global OCBC, Encik Linus Goh, berkata pihaknya bertujuan memperkasa usahawan wanita membina rangkaian kenalan yang sesuai dan mendapatkan sumber serta sokongan yang diperlukan untuk mengembangkan syarikat mereka mencapai potensi penuh melalui program itu.

“Walaupun dalam pasaran maju seperti Singapura, di mana pengasas wanita mempunyai prestasi membina perniagaan yang berjaya dan telah berkembang pada kadar lebih cepat berbanding rakan lelaki mereka sejak lima tahun lalu, SME milik wanita membentuk hanya sekitar 30 peratus daripada semua perniagaan di sini.

“Kami komited bekerjasama dengan usahawan wanita untuk mengatasi cabaran yang mereka hadapi supaya mereka boleh dan dapat mempercepatkan pertumbuhan serta merealisasikan cita-cita perniagaan mereka,” kata beliau.

Menurut OCBC, seperempat pelanggan SME mereka di Singapura pada ketika ini dimiliki usahawan wanita.

Data bank itu juga menunjukkan bahawa SME yang diasaskan wanita telah meningkat sejak lima tahun lalu – daripada sekitar 23 peratus perniagaan baru yang ditubuhkan pada 2018 kepada 30 peratus pada 2023.

Pada 2023, SME dimiliki wanita membentuk separuh daripada perniagaan baru dalam pendidikan dan runcit, dan lebih sepertiga perniagaan baru dalam penjagaan kesihatan, khidmat perniagaan dan makanan serta minuman (F&B).

Pembiayaan bagi program baru itu akan disediakan di bawah Rangka Kerja Pembiayaan Mampan SME OCBC.

Rangka kerja itu telah diperluaskan untuk merangkumi satu kategori baru bagi pinjaman sosial, dengan kategori itu selaras dengan Prinsip Pinjaman Sosial yang dikeluarkan Persatuan Pasaran Pinjaman.

OCBC berkata pinjaman sosial yang diberikan di bawah program baru itu bertujuan mempertingkat kemajuan sosioekonomi wanita dalam ekonomi dan pertumbuhan serta daya tahan perniagaan yang dimiliki kaum Hawa.

Kegiatan lain, seperti bengkel pendidikan, peluang menjalin rangkaian serta dimentor usahawan wanita yang berjaya, juga akan disediakan di bawah program itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >