Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab rugi $154j bagi suku pertama 2024

May 16, 2024 | 3:31 PM
Keputusan kewangan suku pertama Grab, termasuk kerugian pertukaran asing (forex) sebanyak AS$31 juta, dan perbelanjaan ganjaran berasaskan saham bukan tunai sebanyak AS$94 juta.
Keputusan kewangan suku pertama Grab, termasuk kerugian pertukaran asing (forex) sebanyak AS$31 juta, dan perbelanjaan ganjaran berasaskan saham bukan tunai sebanyak AS$94 juta. - Foto ST

Syarikat pengangkutan khidmat kereta sewa peribadi Grab, mengalami kerugian bersih sebanyak AS$115 juta ($154 juta) bagi suku pertama 2024.

Namun, angka kerugian itu adalah 54 peratus lebih rendah berbanding kerugian sebanyak AS$250 juta yang dicatat bagi suku pertama 2023.

Ini pada umumnya disebabkan keuntungan sebelum faedah, cukai dan penurunan nilai aset (Ebitda) syarikat itu, di samping perbelanjaan ganjaran berasaskan saham yang lebih baik, yang diberi kepada kakitangannya, kata syarikat itu pada 16 Mei.

Keputusan kewangan suku pertama bagi syarikat itu, termasuk kerugian pertukaran asing (forex) sebanyak AS$31 juta, dan perbelanjaan ganjaran berasaskan saham bukan tunai sebanyak AS$94 juta, lapor The Business Times (BT).

Pendapatan syarikat itu bagi suku pertama naik 24 peratus berbanding tempoh sama 2023 kepada AS$653 juta, didorong hasil yang meningkat bagi semua segmen, dengan pemberian insentif berdasarkan permintaan yang berkurangan, sebagai peratusan nilai dagangan kasar (GMV) berdasarkan permintaan.  

Pendapatan bagi suku pertama itu melebihi ramalan penganalisis sebanyak AS$642 juta.

GMV berdasarkan permintaan meningkat 18 peratus berbanding suku pertama 2023, disebabkan permintaan asas yang meningkat bagi segmen penghantaran makanan dan barangan, dan segmen pengangkutan.

Grab juga menyatakan bahawa pengguna khidmat berdasarkan permintaan yang melakukan transaksi jual-beli, naik 19 peratus sebulan bagi suku pertama 2024, berbanding tempoh sama pada 2023, walaupun syarikat itu menghadapi cabaran musiman, di tengah-tengah perayaan Tahun Baru Cina dan sepanjang Ramadan lalu.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grab, Encik Anthony Tan, berkata:

“Usaha kami untuk menyediakan khidmat dimampui dan dipercayai telah berjaya menarik lebih ramai pengguna ke wadah kami dan menambah bilangan pesanan.

“Kami juga terus melihat rakan kongsi kami menikmati pendapatan yang meningkat.”

Kededua segmen pengangkutan dan penghantaran syarikat itu menikmati pertumbuhan.

Bagi segmen pengangkutan, pendapatan syarikat itu meningkat 27 peratus pada suku pertama kepada AS$247 juta berbanding tempoh sama 2023.

Segmen penghantaran syarikat itu pula meraih pendapatan yang meningkat 19 peratus kepada AS$350 juta pada suku pertama 2024, berbanding suku tempoh sama 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg