Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengguna khidmat Grab kini boleh bayar dengan mata wang digital

Mar 19, 2024 | 05:30 PM



Pengguna khidmat Grab kini mempunyai pilihan menokok wang dalam e-dompet GrabPay mereka dalam mata wang kripto.

Ini menyusuli satu kerjasama yang dicapai antara pengendali pengangkutan khidmat kereta sewa peribadi itu dengan firma pembayaran Triple-A, lapor The Straits Times (ST).


Perkembangan terbaru itu dimaklumkan oleh pengguna Grab yang mendapati pilihan pembayaran baru kini sudah disediakan dalam dompet digital, atau e-dompet mereka.

Pengguna boleh menokok wang menggunakan lima mata wang kripto – Bitcoin, Ether, stablecoin XSGD yang disokong dolar Singapura milik StraitsX; stablecoin USDC yang disokong dolar Amerika Syarikat yang diuruskan firma pembayaran global Circle; dan stablecoin Tether, juga dikenali sebagai USDT.


Stablecoin ialah mata wang kripto yang nilainya terikat dengan mata wang, komoditi atau instrumen kewangan lain. Ia biasanya terikat dengan dolar Amerika pada kadar pertukaran satu sama satu.

Apabila ditanya, Triple-A menyatakan tokokan mata wang kripto dalam Dompet GrabPay dilancarkan pada 12 Mac.

“Daripada mengatur penghantaran hingga kepada menempah perjalanan atau membayar minuman kopi di kedai terdekat mereka, pemilik mata wang digital di Singapura kini boleh menggunakan mata wang digital untuk transaksi harian,” tambahnya.

Triple-A, yang diberi lesen di Singapura, mengendali penukaran mata wang digital kepada nilai dolar melalui penyelesaian bank secara serta-merta.

Pelbagai syarikat telah mengambil langkah menambah mata wang kripto sebagai satu pilihan pembayaran, sedang aset digital dan teknologi blok rantai atau blockchain dilihat mempunyai peranan dalam transaksi jual beli pada masa depan.


Pada September, Grab memaklumkan ia sedang menguji konsep wang ‘boleh diprogram’ dan kegunaannya di Singapura.

Pada masa itu, firma itu bekerjasama dengan Circle untuk menguji dompet berasaskan blok rantai yang memegang aset digital, dalam satu projek perintis.

Dalam pada itu, Triple-A kini semakin berkembang pesat di Singapura.

Pada akhir Januari, firma pembayaran itu bekerjasama dengan wadah pembayaran bil popular AXS untuk membolehkan orang ramai mengguna empat mata wang digital bagi 550 daripada 600 khidmat pembayaran di mesin AXS.

Ini bermakna orang ramai boleh membuat tokokan wang atau membayar bil seperti cukai jalan raya dan yuran kelas pengayaan, dalam empat mata wang kripto – Bitcoin, Ether, USDT atau USDC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >