Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Graduan baru boleh jadi ‘penolong pengarah’ walau tanpa pengalaman

Jawatan kerja yang dibesar-besarkan agar nampak lebih wibawa kepada pelanggan dan rakan niaga akan bawa risiko kepada majikan
Mar 20, 2024 | 02:46 PM



Seorang siswazah universiti baru boleh menjadi ‘penolong pengarah’ di satu agensi awam, tetapi jawatan kerja yang sama itu pula memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di agensi awam lain.

Selain soal jawatan pekerjaan, peranan yang memerlukan lebih banyak pengalaman kelihatan menawarkan gaji lebih tinggi dengan skop pekerjaan lebih luas termasuk mengurus sebuah pasukan.

Contohnya, carian di wadah rangkaian profesional LinkedIn pada 18 Mac mendapati bahawa Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyenaraikan sebanyak 20 jawatan kosong bagi penolong pengarah, menurut The Straits Times (ST).


Kebanyakan jawatan kerja tersebut tidak menetapkan bilangan tahun pengalaman kerja minimum yang perlu dimiliki calon pekerja, tetapi difahamkan MTI pernah mengambil siswazah universiti baru sebagai penolong pengarah sebelum ini.

Sementara itu, beberapa jawatan kerja penolong pengarah yang disenaraikan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD), memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun.

Beberapa pakar sumber manusia berkata dalam sebilangan kes, pihak majikan berasa perlu menonjolkan prestij baik untuk pekerja yang berurusan dengan pihak luar, di samping memberi motivasi kepada pekerja, dan ini menjadikan usaha menetapkan nama atau gelaran kerja yang sesuai cukup mencabar.

Ini menambahkan risiko kepada pemberian jawatan kerja yang dibesar-besarkan, yang kini diamalkan dalam kedua-dua sektor swasta dan awam.

Pengurus negara firma pengambilan kerja Robert Walters Singapore, Encik Monty Sujanani, berkata majikan mungkin memberi gelaran pekerjaan lebih besar untuk pekerja yang berurusan dengan pihak luar, agar ia kelihatan lebih berwibawa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

“Dengan menjanjikan ‘kad perniagaan menarik’, sesebuah pertubuhan berasa ia menjadi lebih menarik kepada calon pekerja.

Dengan berbuat demikian, ia mewujudkan jangkaan tanggungjawab mencabar dan projek yang merangsang (pertumbuhan),” tambahnya.

Dalam satu kenyataan pada awal Mac, syarikat tersebut memberi amaran mengenai jawatan kerja yang dibesar-besarkan agar ia kelihatan lebih penting dan menarik, serta risiko yang mungkin timbul.

Ia mendapati terdapat peningkatan sebanyak 24 peratus sepanjang 2023 dalam bilangan jawatan kerja yang mempunyai perkataan ‘pengurus’ atau ‘pengarah’ di LinkedIn untuk pekerja berperanan junior, yang disasarkan kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja dua tahun atau kurang.

Encik Sujanani berkata jawatan atau gelaran kerja yang dibesar-besarkan lebih sering berlaku dalam syarikat pemula dan syarikat lebih kecil, terutamanya bagi syarikat yang tidak mempunyai tingkat hierarki yang jelas.

Bagaimanapun, gelaran kerja sedemikian boleh memakan diri, kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak adil dalam sesebuah syarikat, dan boleh tersilap menggambarkan seseorang pekerja sebagai bersedia memikul peranan tertentu, sedangkan beliau kurang kemahiran atau pengalaman untuk melaksanakan tugasan berkenaan.

Pengarah strategi dan manusia di wadah kerjaya dalam talian Glints, Encik Goh Duo Geng, berkata tanggapan bahawa sebilangan gelaran kerja dibesar-besarkan “agak benar”, dan amalan tersebut berlaku dalam kedua-dua syarikat pemula dan syarikat besar.

“Strategi ini sering digunakan dalam fungsi penjualan, yang mana gelaran seperti ‘pengarah akaun’ dan seumpamanya digunakan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >