Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Green Lab, Ninja Van perkenal bungkusan mesra alam bagi syarikat

May 06, 2024 | 06:28 PM



Green Lab, syarikat loji pengilangan huraian mesra alam yang pertama di Singapura, memperkenal bungkusan barangan yang mesra alam untuk syarikat, dengan kerjasama syarikat logistik ekspres tempatan Ninja Van.

Usaha tersebut bertujuan membantu syarikat tempatan mencapai matlamat kemampanan, selain membolehkan syarikat di sini menjimat ruang penyimpanan dan penghantaran barangan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama Green Lab, Encik Muralikrishnan Rangan, dan CEO dan Pengasas Bersama Ninja Van, Encik Lai Chang Wen, menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) di kemudahan pengeluaran Green Lab di Tuas pada 6 Mei bagi menjayakan daya usaha tersebut.

Majlis menandatangani MOU itu disaksikan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor.

Kerjasama antara kededua syarikat tempatan itu bertujuan meningkatkan akses dan keupayaan syarikat di sini menghasilkan bungkusan barangan lebih mesra alam, menurut Ninja Van dalam satu kenyataan.

Green Lab menghasilkan huraian bungkusan yang boleh dijadikan kompos dan terbiodegradasi (biodegradable) yang memenuhi keperluan perniagaan, tanpa mengira peruntukan bajet syarikat.

Loji seluas 200,000 kaki persegi di Tuas itu boleh memenuhi keperluan syarikat besar, serta syarikat kecil dan sederhana (SME), selain membuat penghantaran tepat pada masa yang diperlukan.

Dengan bantuan Ninja Van, syarikat perniagaan akan memperoleh sokongan logistik yang lebih baik, menjimat ruang penyimpanan barangan dan mengurangkan kos perniagaan.

Kerjasama tersebut akan membantu menangani masalah yang dihadapi banyak perniagaan di Singapura, termasuk menangkis tanggapan bahawa kebanyakan produk mampan dianggap sebagai produk khusus yang sukar dihasilkan.

Antara lain, Green Lab dan Ninja Van Singapore akan menyediakan penghantaran dan penyimpanan barangan percuma sebagai satu huraian sehenti dan mesra alam untuk syarikat yang ingin menjimat ruang untuk meluaskan dan mempelbagaikan perniagaan.

“(Khidmat) Green Lab dan Ninja Van yang bersepadu ini akan memudahkan proses dan usaha yang diperlukan SME tempatan untuk melaksana amalan mesra alam,” menurut kenyataan itu.

Menurut Encik Muralikrishnan, melalui kerjasama itu, Green Lab dan Ninja Van akan membantu perniagaan membuat pilihan lebih mampan selain mengurangkan masalah keterbatasan ruang.

Dalam usaha menguruskan jejak karbon, Ninja Van turut melancarkan 10 kenderaan elektrik (EV) sejak Oktober 2022.

Ia menyasarkan agar 30 peratus daripada kenderaan syarikatnya adalah EV sebelum suku kedua 2024.

“Kemampanan adalah sebahagian matlamat jangka panjang Ninja Van, dan kami komited mengembangkan inisiatif ini secara bertanggungjawab dan pada kadar yang mampu dikekalkan.” ujar Encik Lai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >