Hamas sedia serah tadbir urus Gaza kepada jawatankuasa Palestin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamas sedia serah tadbir urus Gaza kepada jawatankuasa Palestin

Jan 29, 2026 | 3:17 PM

Hamas sedia serah tadbir urus Gaza kepada jawatankuasa Palestin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Hamas, Gaza, Palestin, Israel
Hamas berkata ia bersedia menyerahkan tadbir urus Gaza, yang hampir musnah akibat perang, kepada jawatankuasa teknokratik Palestin. - Foto AFP

DEIR-EL-BALAH (Wilayah Palestin): Hamas, pada 28 Januari, menyatakan kesediaan untuk menyerahkan pentadbiran Gaza kepada jawatankuasa teknokratik Palestin, sambil mendesak agar lintasan sempadan utama Rafah dibuka semula sepenuhnya dalam beberapa hari.

“Protokol telah siap, fail telah dilengkapkan dan jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelia penyerahan itu, memastikan pemindahan tadbir urus penuh di seluruh sektor di Jaluran Gaza kepada jawatankuasa teknokratik,” kata jurucakap Hamas, Encik Hazem Qassem, kepada AFP.

Jawatankuasa Kebangsaan untuk Pentadbiran Gaza (NCAG) yang beranggotakan 15 orang ialah pasukan teknokrat Palestin yang ditubuhkan di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025.

Mereka diamanahkan menguruskan pentadbiran harian Gaza pasca-perang, bekerja di bawah pengawasan Lembaga Keamanan yang akan dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

NCAG, yang diketuai oleh mantan timbalan menteri Penguasa Palestin, Encik Ali Shaath, dijangka memasuki Jaluran Gaza sebaik saja lintasan Rafah di sempadannya dengan Mesir dibuka semula.

Encik Qassem menambah, lintasan Rafah “mesti dibuka di kedua-dua arah dengan kebebasan penuh untuk keluar dan masuk ke Gaza tanpa sebarang halangan Israel”.

Rafah adalah satu-satunya pintu masuk Gaza ke dunia luar yang tidak menuju ke Israel dan merupakan pintu masuk utama untuk orang ramai dan barangan.

Ia telah ditutup sejak tentera Israel mengambil alihnya pada Mei 2024 dan membukanya semula secara terhad pada awal 2025.

Setakat ini, usaha lain untuk pembukaan semula sepenuhnya menemui kegagalan.

Ketua NCAG, Encik Shaath, mengumumkan minggu lalu bahawa Rafah akan dibuka semula di kedua-dua arah pada minggu berikutnya.

Encik Qassem berkata bahawa “pengumuman jawatankuasa kebangsaan tentang pembukaan lintasan Rafah adalah penting”.

“Apa yang lebih penting ialah kita memantau pengendalian jawatankuasa ini terhadap pemergian dan kemasukan rakyat secara bebas mengikut perjanjian, dan bukan mengikut syarat-syarat Israel,” tambahnya.

Israel pula menyatakan hanya akan membenarkan pejalan kaki melalui lintasan itu sebagai sebahagian daripada “pembukaan semula terhad” sebaik sahaja ia menemui mayat tebusan terakhir, Encik Ran Gvili.

Pasukan Israel membawa pulang mayat mendiang Gvili pada 26 Januari.

Encik Qassem berkata pada 28 Januari bahawa “jelas Hamas komited terhadap perjanjian untuk menghentikan perang di Gaza”, yang bermula selepas serangan maut kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober 2023.

“Ia telah melaksanakan semua yang diperlukan dalam fasa pertama dan bersedia untuk memasuki semua laluan fasa kedua,” tambahnya.

Dengan penubuhan jawatankuasa teknokratik dan pengembalian tebusan terakhir di Gaza kepada Israel, peristiwa penting seterusnya dalam perjanjian gencatan senjata itu ialah perlucutan senjata Hamas dan pengunduran Israel daripada Gaza. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg