Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga beras naik ke paras tertinggi sepanjang 15 tahun

Dec 28, 2023 | 05:03 PM



Harga beras melonjak ke paras tertinggi baru dalam tempoh 15 tahun, didorong permintaan tinggi dan kebimbangan berpanjangan mengenai bekalan beras.

Harga gred beras putih Thailand jenis 5 peratus hancur, yang menjadi penanda aras gred beras di rantau Asia, naik sepanjang tiga minggu berturut-turut dan mencecah AS$659 ($871) setan pada 27 Disember, menurut Persatuan Pengeksport Beras Thailand (Trea). 

Ini merupakan harga beras tertinggi sejak Oktober 2008, dengan kenaikan harga sekitar 38 peratus pada 2023.

Kenaikan harga itu menyusuli tindakan syarikat perkapalan utama India yang mengenakan sekatan ke atas eksport beras, di samping cuaca kering ketika ini yang menjejas tanaman dan hasil tuaian beras, menurut The Straits Times (ST) yang memetik laporan Bloomberg.


Nasi merupakan makanan asas utama bagi berbilion penduduk di Asia dan Afrika.

Kenaikan harga terbaru itu boleh menimbulkan tekanan inflasi dan meningkatkan kos import beras bagi pembeli.

Beberapa negara sudah meningkatkan pembelian untuk memiliki simpanan bekalan beras yang mencukupi, di tengah-tengah kebimbangan bahawa kesan cuaca El Nino akan mengurangkan bekalan dalam beberapa bulan akan datang.

Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, berkata pada minggu lalu bahawa Thailand akan menghantar dua juta tan beras pada 2024, manakala India pula bersetuju membekalkan sejuta tan beras ke Indonesia.

Sementara itu, Filipina dijangka menerima lebih 500,000 tan beras yang diimport oleh sektor swasta sehingga Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >