Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga flat jualan semula HDB naik 4.9% pada 2023

Jan 26, 2024 | 05:07 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik sebanyak 4.9 peratus pada 2023.

Ini merupakan kenaikan paling perlahan sejak peningkatan harga 0.1 peratus yang dicatat pada 2019 sebelum pandemik Covid-19.

Pada 2023, harga flat jualan semula HDB naik kurang separuh daripada kenaikan 10.4 peratus yang dicatat pada 2022, menggambarkan kenaikan harga hartanah yang lebih sederhana.

Pada 2021, harganya melonjak 12.7 peratus, lapor The Straits Times (ST).


Ini menyusuli kenaikan harga flat lebih perlahan sebanyak 1.1 peratus pada suku keempat 2023, lebih rendah daripada pertumbuhan 1.3 peratus pada suku sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan HDB pada 26 Januari.

Permintaan perumahan lebih lemah, kadar faedah lebih tinggi dan kebimbangan mengenai inflasi dalam kalangan pembeli, mungkin menyumbang kepada kenaikan harga lebih perlahan pada 2023, kata ketua penyelidik dan pakar strategi di firma hartanah OrangeTee Group, Cik Christine Sun.

Di samping itu, bilangan pembeli yang sanggup membayar wang tunai melebihi taksiran (COV) bagi flat jualan semula mereka, juga berkurangan pada 2023, dengan sekitar 15 peratus pembeli berbuat demikian dalam tempoh tiga bulan terakhir 2023, menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Ini lebih rendah berbanding 30 peratus pembeli yang berbuat demikian dalam tempoh sama pada 2022.

COV ialah perbezaan antara harga jualan flat dengan penilaian sebenar HDB, yang hanya boleh dibayar secara tunai oleh pembeli.

Cik Sun menyatakan, pada suku keempat 2023, harga flat jualan semula naik secara purata di 14 bandar HDB, lebih rendah daripada 16 bandar pada suku ketiga 2023, dengan kebanyakan flat mencatat kenaikan harga kurang 2 peratus.

Pada suku keempat 2023, harga flat empat bilik naik 0.7 peratus, diikuti flat tiga bilik dan lima bilik yang naik 0.6 peratus. Harga flat eksekutif meningkat 0.3 peratus manakala flat dua bilik naik 0.1 peratus, tambahnya.

Pengarah kanan analisis data di Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata estet perumahan Punggol mencatat urus niaga flat jualan semula HDB terbanyak pada 2023, dengan lebih 2,000 flat bertukar tangan. Ini diikuti rapat oleh Woodlands, Sengkang, Yishun dan Tampines.

Secara keseluruhan, kesemua estet perumahan itu menyumbang 37.1 peratus daripada jumlah urus niaga flat jualan semula HDB pada 2023.

Sehingga kini, flat jualan semula HDB termahal yang bertukar tangan adalah flat di 50 Moh Guan Terrace di Tiong Bahru, pada harga $1.5 juta, yang merupakan dua flat bersebelahan yang dicantum menjadi satu unit. Flat berusia 50 tahun itu dijual pada Mei 2023.

Sebanyak 470 flat jualan semula HDB dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >