Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga rumah privet naik lebih perlahan 1.5% suku pertama

Apr 01, 2024 | 02:34 PM



Harga rumah privet di Singapura terus menyederhana pada suku pertama 2024, sedang jumlah urus niaga menyusut, disebabkan ekonomi tidak menentu, pemberhentian pekerja yang kian meningkat dan kadar faedah yang masih tinggi.

Dari Januari hingga Mac, harga rumah privet meningkat 1.5 peratus, selepas kenaikan 2.8 peratus pada suku akhir 2023, menurut anggaran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dikeluarkan pada 1 April.

Bilangan unit rumah yang dijual pada suku pertama 2024 menyusut sebanyak 20 peratus berbanding suku akhir 2023, dan sekitar 16 peratus berbanding suku pertama 2023, disebabkan urus niaga jualan semula dan sub-jualan yang lebih perlahan, kata penganalisis.

Urus niaga sub-jualan dicatat apabila pembeli menjual semula sesebuah hartanah yang dibeli terus daripada pemaju sebelum projek perumahan itu disiapkan, lapor The Straits Times (ST).


“Pembeli mengambil lebih banyak masa untuk membuat keputusan pembelian dengan pilihan yang bertambah, disebabkan lebih banyak rumah baru dilancarkan dan bertambahnya penyenaraian rumah jualan semula kerana beberapa (projek) rumah yang siap dibina baru-baru ini,” kata pegawai eksekutif utama firma hartanah ERA Singapura, Encik Eugene Lim,

“Yang lain pula menangguh pembelian rumah, mengharapkan tawaran lebih baik jika potongan kadar faedah menjadi nyata pada separuh kedua 2024.”

Ketua Penyelidik dan Pakar Strategi di firma hartanah OrangeTee Group, Cik Christine Sun, berkata jumlah jualan rumah baru, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), melonjak 31 peratus pada suku pertama 2024, berbanding 25.4 peratus pada suku akhir 2023.

Urus niaga jualan semula, sebaliknya, turun kepada 62.3 peratus, daripada 65.5 peratus.

“Oleh itu, pertumbuhan harga masih positif pada suku pertama, kerana rumah baru biasanya berharga lebih tinggi daripada rumah jualan semula,” jelas beliau.

Harga hartanah tidak berhalaman naik satu peratus pada suku pertama 2024, turun daripada kenaikan 2.3 peratus pada suku akhir 2023.

Harga rumah berhalaman meningkat 3.4 peratus pada suku pertama 2024, lebih perlahan berbanding kenaikan 4.6 peratus pada suku akhir 2023.

Kenaikan harga suku tahunan tidak ketara di subbandar dan kawasan pinggir bandar, yang meningkat kurang daripada satu peratus.

Di kawasan subbandar, harga rumah privet tidak berhalaman naik hanya 0.4 peratus, turun daripada kenaikan 4.5 peratus pada suku akhir 2023.

Harga rumah di pinggir bandar naik 0.2 peratus, berbanding penurunan 0.8 peratus pada suku akhir 2023.

Pengarah kanan analisis data di firma hartanah Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata kenaikan harga di daerah utama disebabkan hasil jualan kukuh bagi projek kondominium Watten House di Bukit Timah, yang mencatat penjualan 74 peratus unit kondominium sejak dilancarkan pada 2 Mac, dan di 19 Nassim di Tanglin, yang memperoleh Permit Penginapan Sementara (TOP) baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >