Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga rumah privet S’pura turun 0.7%, sewa naik 0.8%

Oct 25, 2024 | 11:30 AM
Harga hartanah tidak berhalaman meningkat sebanyak 0.1 peratus pada suku ketiga, berbanding kenaikan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.
Harga hartanah tidak berhalaman meningkat sebanyak 0.1 peratus pada suku ketiga, berbanding kenaikan 0.6 peratus pada suku sebelumnya. - Foto BT

Harga hartanah kediaman privet turun 0.7 peratus pada suku ketiga (Q3) 2024, menurut angka yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 25 Oktober.

Penurunan itu lebih kecil daripada anggaran awal penurunan 1.1 peratus yang dikeluarkan oleh agensi itu pada awal Oktober, dan menterbalikkan peningkatan 0.9 peratus pada suku sebelumnya.

Sementara itu, kadar sewa rumah privet meningkat 0.8 peratus – peningkatan pertama sejak suku ketiga (Q3) 2023, dan pemulihan daripada penurunan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Sewa bagi rumah tidak berhalaman meningkat paling banyak di pinggir bandar Luar Kawasan Tengah (OCR) yang meningkat 2.2 peratus pada Q3 berbanding kemerosotan 1.3 peratus pada suku sebelumnya.

Sewa di Baki Kawasan Tengah (RCR) juga meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding kemerosotan 1.4 peratus pada Q2.

Sewa bagi hartanah tidak berhalaman di Kawasan Tengah Utama (CCR) turun 1.6 peratus, melanjutkan penurunan 0.1 peratus pada suku sebelumnya.

Penurunan harga rumah privet diterajui hartanah berhalaman, yang jatuh 3.4 peratus pada Q3, daripada peningkatan 1.9 peratus pada suku sebelumnya.

Sementara itu, harga hartanah tidak berhalaman meningkat 0.1 peratus pada suku ketiga, berbanding kenaikan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

Mengikut kawasan, harga di CCR menyaksikan penurunan terbesar sebanyak 1.1 peratus, manakala di pinggir bandar atau RCR meningkat 0.8 peratus, dan harga di pinggir bandar OCR kekal rata.

Di pasaran utama, pemaju melancarkan 1,284 rumah privet, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), untuk dijual pada Q3 – berbanding 634 unit pada Q2. Jumlah jualan meningkat kepada 1,160 unit pada Q3 daripada 725 unit pada Q2.

Terdapat 3,860 urus niaga jualan semula pada suku ketiga, berbanding 3,802 unit yang diurus niaga pada suku sebelumnya. Urus niaga ini menyumbang 71.9 peratus daripada semua urus niaga jualan pada Q3, lebih rendah daripada 77.4 peratus pada Q2. 

Dari segi sewa, indeks keseluruhan URA meningkat 0.8 peratus pada suku ketiga. Kadar kekosongan itu meningkat kepada 7.2 peratus pada akhir Q3, daripada 6.1 peratus pada Q2. 

Peningkatan dalam indeks sewa berikutan penyiapan 3,953 unit rumah privet, termasuk 700 EC, pada suku ketiga. Sebagai perbandingan, suku sebelumnya menyaksikan 3,339 unit siap, termasuk 1,457 EC.   

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg