Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga rumah privet S’pura susut 1.1% pada suku ketiga; penurunan pertama sejak suku kedua 2023

Oct 1, 2024 | 2:57 PM
Penurunan harga diterajui oleh kejatuhan 1.5 peratus di Kawasan Tengah Utama (CCR) dan kejatuhan 3.8 peratus dalam harga hartanah berhalaman.
Penurunan harga diterajui oleh kejatuhan 1.5 peratus di Kawasan Tengah Utama (CCR) dan kejatuhan 3.8 peratus dalam harga hartanah berhalaman. - Foto ST

Harga rumah privet di Singapura jatuh buat kali pertama dalam lima suku tahunan sejak suku kedua 2023, susut 1.1 peratus pada suku ketiga.

Harga kediaman jatuh paling banyak dalam segmen hartanah berhalaman, yang menyaksikan harga rumah turun 3.8 peratus, dan di Kawasan Tengah Utama (CCR) di mana harga jatuh 1.5 peratus.

Penurunan harga perumahan privet pada suku ketiga berlaku selepas harga merangkak naik 0.9 peratus pada suku kedua, menurut anggaran kilat yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa, lapor The Business Times.

Untuk tahun setakat ini, harga naik 1.1 peratus, menyederhana daripada pertumbuhan 3.9 peratus dalam sembilan bulan pertama 2023 dan kenaikan 8.2 peratus antara Januari dengan September 2022.

Harga rumah tidak berhalaman jatuh sebanyak 0.3 peratus, berbalik daripada kenaikan 0.6 peratus pada suku sebelumnya dan 1 peratus pada suku pertama.

Harga rumah tidak berhalaman jatuh paling banyak dalam CCR, turun 1.5 peratus, meneruskan penurunan 0.3 peratus pada suku sebelumnya.

Harga Baki Kawasan Tengah (RCR) naik sedikit 0.2 peratus selepas kenaikan 1.6 peratus pada suku kedua.

Di pinggir bandar Luar Kawasan Tengah (OCR), harga jatuh sebanyak 0.1 peratus selepas meningkat sebanyak 0.2 peratus pada suku kedua.

Jumlah urus niaga pada suku ketiga berjumlah 4,372 unit, turun daripada 4,915 unit pada suku kedua dan 15.9 peratus lebih rendah daripada 5,201 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg