Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hasil faedah Bon Simpanan S’pura capai 3.32% - Paras tertinggi 2023

Oct 3, 2023 | 1:32 PM
BON SIMPANAN SINGAPURA: Permohonan untuk Bon Simpanan Singapura akan dibuka pada 6 petang pada Isnin dan tutup pada 9 malam pada 26 Oktober. 
BON SIMPANAN SINGAPURA: Permohonan untuk Bon Simpanan Singapura akan dibuka pada 6 petang pada Isnin dan tutup pada 9 malam pada 26 Oktober.  - Foto BT

Purata pulangan setahun Bon Simpanan Singapura (SSB) terkini mencapai paras tertinggi 2023 dengan mencecah 3.32 peratus.

Tawaran bon Oktober yang akan diterbitkan pada November mempunyai kadar faedah tahun pertama pada 3.21 peratus. Kadar faedah pada tahun ke-10 adalah pada 3.63 peratus.

Saiz peruntukan ialah $1 bilion dengan jumlah pelaburan bermula dari $500 dan diterbitkan dalam gandaan $500.

Permohonan untuk bon itu akan dibuka pada 6 petang pada Isnin dan tutup pada 9 malam pada 26 Oktober, lapor The Business Times.

Kadar faedah SSB akan meningkat secara berturut-turut dalam empat tawaran yang lalu, selepas faedahnya turun ke paras rendah 2.81 peratus pada Jun 2023.

Pada September, purata pulangan 10 tahun bagi bon itu adalah 3.16 peratus – meningkat buat kali keempat berturut-turut dengan saiz peruntukan sebanyak $800 juta.

Kenaikan dalam kadar faedah berikutan beberapa siri kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat sepanjang 2023, dan berlaku sedang pelabur terus menjangka satu lagi pusingan kenaikan kadar faedah menjelang akhir 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg