Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hewlett Packard dijangka kurangkan 4,000 - 6,000 pekerjaan bagi tiga tahun mendatang

Nov 23, 2022 | 08:08 PM



SYARIKAT Hewlett Packard (HP) dijangka mengurangkan 4,000 hingga 6,000 pekerjaan di seluruh dunia bagi tiga tahun mendatang disebabkan permintaan komputer peribadi (PC) yang merosot yang menjejas keuntungan syarikat itu.


Bagi menguruskan kos, HP akan memberhentikan sehingga 10 peratus daripada 61,000 pekerjanya dan mengurangkan hartanahnya, menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) Encik Enrique Lores, pada Rabu (23 Nov).


Ketika ditanya akhbar The Straits Times (ST) sama ada pengurangan itu menjejas pekerja di Singapura, jurucakap HP menyatakan ia tidak akan mendedah perincian di rantau atau negara.


“Kami komited untuk melayani kakitangan dengan rasa hormat - termasuk sokongan perkhidmatan kewangan dan kerjaya untuk membantu mereka mencari peluang seterusnya,” tambah jurucakap itu.


HP Singapore, yang merupakan ibu pejabat (HQ) gergasi teknologi Asia-Pasifik dan pangkalan pengilangan sejagat bagi pencetak dan bekalan berkaitan dakwat, mempunyai 4,000 tenaga kerja di sini sehingga September tahun lalu.


Beberapa syarikat teknologi mengumumkan rancangan memberhentikan pekerja mereka termasuk Meta Platforms dan Amazon.com yang masing-masing menghapuskan 10,000 pekerja, manakala Twitter memberhentikan lebih separuh daripada 7,500 kakitangan mereka.


Pendapatan HP bagi suku keempat merosot 11 peratus kepada AS$14.8 bilion ($20.42 bilion), lebih baik daripada jangkaan penganalisis.


Penjualan dalam kumpulan sistem peribadi (PC), yang termasuk perniagaan komputer, turun 13 peratus kepada AS$10.3 bilion, diterajui kejatuhan 25 peratus dalam hasil pengguna. Jualan dalam unit percetakan susut 7 peratus kepada AS$4.5 bilion, mengatasi anggaran.


HP, yang menghasilkan sebahagian besar wangnya dengan menjual komputer, telah menyaksikan kemerosotan berterusan dalam permintaan PC. Ia bermula dengan kemerosotan produk tetapi telah merebak apabila syarikat mengurangkan tenaga kerja mereka dan mengekang pelaburan teknologi, kata Encik Lores.


Penganalisis industri Gartner berkata penghantaran PC global merosot hampir 20 peratus pada suku ketiga – kejatuhan terbesar sejak ia mula menjejaki metrik pada pertengahan 1990an.


Dell Technologies, yang menjana 55 peratus daripada pendapatannya daripada jualan PC, juga memberikan pandangan yang kurang memberangsangkan untuk suku semasa dan berkata beberapa pelanggan telah “menunda pembelian” dalam tempoh terdekat. - Agensi berita, ST

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >