ISI rumah harus berhati-hati dalam mengambil komitmen kewangan baru dan tidak mengambil pinjaman berlebihan, terutama golongan kurang berkemampuan.
Mereka harus memantau keupayaan membayar pinjaman rumah dalam jangka panjang lebih-lebih lagi memandangkan kadar faedah dijangka meningkat, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam Laporan Semakan Kestabilan Kewangan (FSR) yang dikeluarkan semalam.